Bismillah Walhamdulilllah..
Anak2 ummi ke Syajarah pada minggu lepas...
Ummi C&P dari seorang syabab yang menyertai rehlah ini..
Berjalan2 di sekitar kampung.
Depan Markaz Quran.
Abi dan pemuda2 yang menjadi tenaga pengajar di markaz Quran ini.
Awan dan Masjid,Allahu Akbar!
Suhanallah..
Dalam masjid di Syajarah
Ladang Zaitun. |
Penerangan di kilang proses zaitun.
Nasi mansaf.
Jannah,Faqeh dan ammu Rashdan.
Dr Majid Kilani.
Keebahafiz Net
30 September 2012....
Catatan Seharian Di Kampung Syajarah, Jordan...
Seawal 7.30a.m lagi kami bertolak dari tempat tinggal kami di daerah Irbid.
Dengan tujuan untuk mengasah lagi pertuturan bahasa arab kami. Hal yang demikian disebabkan,
ramai antara kami, yang berada di tanah arab selama 4 tahun pun, ada yang masih lagi tidak lancar berbicara dalam bahasa arab. Atas inisiatif ini, seorang pelajar phd dari malaysia, telah merancang untuk kami satu program berkaitan dalam hal ini.
Perjalanan kami dari bandar besar Irbid ke Syajarah mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja, dalam perjalanan kesana, kami dihiburkan dengan karenah dua orang kanak-kanak, apa yang seronoknya, dua orang kanak-kanak ini, sangat fasih dalam bahasa arab, banyak juga kalimat-kalimat arab yang aku bertanya padanya. Dalam hal ini aku tak kisah, sebab ilmu ini, tak kira umur, kalaulah dia seorang yang jauh bezanya dari segi umur dengan kita, itu tidak menghalang untuk kita tuntut ilmu dengannya. Apa pun, banyak juga perkataan2 yang aku x tau, boleh juga sikit2.
Sampai di sebuah masjid di syajarah, kami dihidangkan dengan sarapan pagi roti sardin dengan teh panas, suhu pada waktu tu, kalau tak silap 20C, agak sejuk la jugak...huhhu....selepas makan, kami dijemput oleh bendahari masjid tersebut, tempat yang pertama dilawati ialah kilang minyak zaitun, dalam perjalanan ke sana, beliau bertindak sebagai pemandu pelancong, menerangkan apa yang ada disekitar. Yang paling menarik perhatian aku ialah, apabila ditunjukkan pokok zaitun dan tin(dua pohon yang diceritakan dalam al-Quran tu), selama ni dok baca je dalam quran, tapi semalam baru kenal pohon sebenarnya. Dalam pada itu, Zu'bi(pemandu pelancong) menceritakan dari sudut geografi syajarah nie, syajarah nie bersempadan dengan syria, melihat kepulan asap hitam di langit biru, "asap hitam tu dari syria, mungkin baru dibom oleh tentera basyar". Monolog sendirian "Bilalah kekejaman ini akan berakhir, disaat umat islam kian lemah ini,". Sungguh terasa bebenanan mereka, bila melihat secara dekat situasi itu, anggaran aku antara tempat kami berada dengan kepulan asap itu, dalam 15-20 km sahaja.
Sampai di kilang zaitun, kami ditemukan dengan pemilik kilang itu, untunglah, masa kami sampai, kilangnya berhenti rehat seketika, beliau ada masa yang panjang untuk bersama kami, kami dibawa masuk ke tempat mesin-mesin gergasi mereka, diterangkan satu-satu, proses pembuatannya. Daripada buah, hinggalah menjadi minyak zaitun, banyak jugak perkataan-perktaan yang aku tak dapat tangkap, mujurlah ada yang tolong terjemahkan, banyak bahasa kampung kot, aku mana lah faham sangat, bahasa arab standart pun masih merangkak lagi, huhu...sedih betul. Whatever, ade bnyk jugak la perkataan yang aku dapat.
Selepas pada itu, kami balik ke masjid semula, dan sembang sikit dengan pakcik2 disana, waktu tu dah dekat nak solat jumaat dah, tak lama tu, imam masjid sampai, sheikh Ali, smpt sembang kejap, beliau terus ke meja kuliah, kuliah sblm jumaat la, aku macam biasa la kan, tabiat yang susah nak tinggal, mula2 dengar dengan baik, last2, dah duk alam fantasi(tidur, nasib tak berdengkur, segan lak rasanya, sebab duduk sebelah pelajar phd, harap2 die tak sedar yang aku tidur, cover baik kot...huhuh)...
Azan jumaat berkumandang, bilalnya berkulit gelap, merdu juga suaranya, mengingatkan aku pada muazzin Rasullulah SAW, Bilal bin Rabah, seorang muazzin tetap baginda, hatinya ikhlas, sehinggakan penduduk langit pun mendengar laungan azannya. Oh Bilal, beruntunglah kamu, menjadi muazzin kepada orang yang kami cintai.
Selepas jumaat, Zu'bi membawa kami ke rumahnya, ada beberapa pemuda arab bersama kami pada waktu itu, rupanya pemuda-pemuda tersebut, pelajar dari universiti yarmouk juga, ada yang dari fakulti engineering, syariah dan lughoh, tapi yang bestnya, mereka lah antara tenaga pengajar kat salah satu markaz quran, engineer kot...kat malaysia susah nak jumpa nie....sebelum makan tengahari, kami sempat bersembang dengan mereka, bicara tengahari la katekan, sempat jugak melawak,huhuhu, "Dale Karsyak(sebuah restoran ayam kat irbid)" HARAM....haha, aku pun tak tau knp diorang kate haram, part nie aku malas nak citer.
Terus sembang dengan pemuda-pemuda arab, diorg smpat juga tegur beberpa huruf dalam bahasa arab kami, antaranya huruf "ain", "dhab" dan sebagainya. Mereka sangat pentingkan perkara2 macam ni, sebab quran mestilah dibaca dengan lahjahnya dengan betul. Sembang sambil gurau, best juga, mereka layan kami dengan baik, kemudian kami dihidangkan dengan nasi "mansaf" sedap juga, biasanya aku tak lalu makan, tapi kali nie lain dari yang lain, perghh...mmg sodap....ade la sembang sikit, sebenarnya kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan, sebab tak nak kami duduk sehidangan dengan melayu je, dalam setiap hidangan tu, mesti ada arab, mmg nak tak nak, kene cakap arab la, best gak lau terpaksa camni, walaupun grammmar arab lintang pukang,hahha, bantai je, janji arab faham, ok la, ade gak antara kami yang cakap ala "india" , "cina" hahahha, biasa la, baru nak belajar kot, nasib tak keluar "siam" je, huhu...
Dekat2 waktu asar, kami ke markaz quran yang tempat pemuda arab tu mengajar, besar jugak, cantik dan lawa, tapi masih dalam pembinaan la, katanya, Dr Majid Kilani ada juga menderma dalam pembinaan markaz quran tu... Bagus pemuda-pemuda arab nie, mungkin hasil usaha mereka ini lah akan melahirkan generasi al-Quran yang kedua pada masa depan. Amin.....
Aku smpt juga add fb diorang, cadangan nya nak ber"komen" dalam bahasa arab dengan dioarang, untungnya, dioarang ade yg budak engineer, fasih gak la dalam bhasa inggeris. Advantage la.....
Selepas asarnya kami dibawa melawat Dr Majid Kilani, buku yang paling famous yang dikarangnya, ade dalam gambar bawah nie, bertajuk "PHILOSOPHY OF ISLAMIC EDUCATION" Dr ni ade 2 phd, sungguh alim, die pernah belajar kat 5 buah university kat arab, dan 3 buah university kat Amerika, orangnya cukup hebat, walaupun tubuhnya suduh uzur, syukur juga diberikan kesempatan bertemu dengan orang yang hebat ini. Antara pesenan beliau, beliau sentiasa berdoa kpd Allah supaya Allah sentiasa buka hatinya dalam bidang ilmu, setiap kali beliau baca quran, terasa seperti baru sahaja nak belajr, sebab setiap kali die baca quran, akan ada benda baru yang beliau tak pernah tahu sebelum nie, masa dia belajar dulu, dia hanya tidur 3 jam sahaja sehari, yang selebihnya, bersama buku(kita macammana ek? bape jam sehari tidur?, alasan banyak la....huhuh) banyak lagi sebernya citer pasal dr nie, tapi tak larat nak tulis, lenguh tangan,huhuh...
Selepas itu kami kerumah Sheih Ali al-aish, guru al-Quran kepada Dr Majid Kilani, umurnya dah menjangkau 90 tahun kot, bertongkat tapi suaranya cukup kuat, banyak nasihat darinya, susunan bahasanya cukup cantik, apa yang penting beliau bgtau ialah, ilmu ini tidak boleh bersama dengan ma'siat...hmmm patutlah die hebat....
Sampai sini sahajalah kot celotehah seharian aku, penat sangat dah menulis nie, apa yang dapat aku simpulkan, seorang penuntut ilmu, mestilah rajin bersama buku, quran dan sebagainya, ada masa, jangan buang masa, lihatlah orang terdahulu belajar macammana, belajar bukan kerana exam, tapi kerana ilmu, satu kepuasan akan kita dapati daripadanya.....
Keebahafiz Net
at Vsze Groupvcx
No comments:
Post a Comment