Bismillah Walhamdulillah..
Alhamdulillah hari ini 1 Januari 2012.
Bermulanya tahun baru di bumi Jordan.
Muhasabah tahun 2011.
Pelbagai perkara terjadi pada tahun 2011.
Yang pasti akan diingat sampai bila2 ada 3 perkara:
1- Kelahiran Muhammad Faheemuddin
2- Kepulangan kami sekeluarga ke tanah air.
3- Perginya insan yang kami sayangi,AYAH!
MOTIVASI 2012.
Ummi ambil kata2 dari buku motvasi ini.
Terimakasih Yana bagi pinjam buku ini.
Terimakasih Yana bagi pinjam buku ini.
- Ingatlah peluang dan kesempatan itu terkadang hanya muncul beberapa minit atau beberapa saat.
Justeru itu, jadilah anda seperti seekor SEMUT dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran!
Justeru itu, jadilah anda seperti seekor SEMUT dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran!
- Cuba dan teruslah mencuba.
- Bertaubatlah jika anda melakukan dosa, dan kembalilah anda ke pintu taubat.
Hafazlah semula Al-Quran jika anda telah lupa.
Kembalilah untuk mengingatinya unutk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya,bahkan unutk yang kesepuluh kalinya.
- Yang terpenting adalah anda tidak merasa GAGAL dan
PUTUS ASA, sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata selesai, kerana ia punya cara dan inisiatif.
PUTUS ASA, sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata selesai, kerana ia punya cara dan inisiatif.
Lakkukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana esok belum tentu berpihak kepada anda.
Jika pagi sudah menjelma maka janganlah menunggu petang!
Jauhilah sekolah bernama KEMALASAN dan KEGAGALAN.
Meninggalkan dosa adalah satu PERJUANGAN , sedangkan melakukannya adalah PENDERHAKAAN!
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup.Jika hari ini anda menghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir,dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.
Ketahuilah bahawa umur itu sendiri tidak ubah seperti bangunan: masih memungkinkan untuk diubahsuai dan dirombak dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak.
Daun yang berguguran mengingatkan kita,bahawa hidup ini tidakkan kekal.Buatlah persiapan sebelum ajal menjelma.
Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya :
" Siapakah orang yang bijak wahai Nabi?"
Nabi SAW menjawab :
"Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya."
(HR : Ibnu Majah)
Contohilah pohon kurma yang jarang membusuk dan berpenyakit.
Ketika dibaling dengan batu, malah ia menggugurkan buahnya.
Pokok kurma sentiasa berbuah tidak mengira musim di musim panas mahupun di musim sejuk, dan ia mengandungi pelbagai khasiat.
Allahu Akbar terlalu cepat masa berlalu.Berbaki hanya setahun lagi kami berada di bumi anbiya' bumi penuh keberkatan ini.
Pelbagai perasaan bersarang di fikiran..semuanya ada.
YA Allah , permudahkan urusan kami sekeluarga di bumi yang penuh keberkatan ini.Semoga pulangnya kami ke tanah air dapat mengalirkan keberkatan ini di tanah tumpah darah kami,amn!
9.00 pagi.
9 degree.
Irbid, Jordan.
No comments:
Post a Comment