Pages

Saturday, March 26, 2011

Baby Made in Jordan!

18 Mac 2011 yang lalu.

Pagi Jumaat yang penuh barakah.Kami sekeluarga ke Amman untuk menziarahi sahabat2 di sana.
sedang menunggu abu seif.

sempat lagi Faseh posing ..

subhanallah..pokok di rumah abu seif.

taman mini di depan rumah abu seif.ni pokok inab(anggur).

Ke rumah Kak Liza.Tengok Maryam!!!Ya Allah..geramnya tengok..comel dan chubby.Usianya dah nak masuk sebulan.Bersalin 21.2  yang lepas.Alhamdulillah..ada rezeki kami sampai datang melihat baby comel nih.Tengok Kak Liza,kemain cergasnya buat kerja rumah.Tak gaya orang bersalinpun. Kena belajar dan menuntut ilmu nih..

Ini merupakan anak ke 5 Kak Liza.Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan Allah urusan bersalin.Bersalin di Hospital Isra' di Amman nih.Baby made in Jordan nih..YA Allah..mudahkan juga urusan ummi melahirkan permata hati di bumi yang penuh barakah ini.Mencari pengalaman dan motivasi kekuatan untuk bersalin nanti.Ya Allah mudahkan kami ...

Maryam yang comel...

sentuhan penuh kasih sayang!

merengek ..cari ibunya..

dapat apa tuh?geram tengok tangan comel nih...

Aishah dan umminya..Berusia 2minggu sudah menjejak kaki ke Jordan.Anak Jordan jugaklah nih.

Kak Jannah dengan doll nya..suka sangat dapat main.

dalam perjalanan ke rumah Yana nih..

bunga depan imarah Yana.Subhanallah!

Selepas itu ke rumah Yana dan rezeki kami dapat makan nasi dagang ganung !Alhamdulillah...Moga Allah limpahkan rezeki yang berkat buat Yana sekeluarga,amin!Jemput datang Irbid pula nanti.

hidangan yang menyelerakan..

nasi dagang ganung ning!made from Jordan...

jemput makan semua!

Bulatnya mata Izzah Ashwaq..anak yana.Juga dilahirkan di Jordan ini.

merenung masa depan...

Aishah,Izzah dan ummi..
subhanallah..cantiknya bunga..

dalam perjalanan ke rumah ust Anhar.


 kak Jannah suka sangat pegang baby girl nih..

Keesokan harinya kami mendapat jemputan akikah dari sahabat kami.Dr Amir dan Dr Zayyani.Usia anaknya dah seminggu hari ini.Abi diminta untuk mencukur kepala anak mereka,Faris.
Alhamdulillah..berkongsi pengalaman dengan Zay.Mendengar pengalaman bersalin di sini .

Ya Allah..mudahkan urusan ummi melahirkan permata ummi di bumi yang penuh barakah ini.Inilah mujahid yang bakal memakmurkan bumi ini,amin.Moga dengan keberkatan dataran syam ini..proses bersalin dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah..amin.

Dan mendengar pengalaman Zay yang 14 jam bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ini,akhirnya dipermudahkan Allah..dapat bersalin normal.Allahu Akbar..semuanya kuasa Allah Yang Maha Besar.Segala aturan kejadiannya terdapat 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.Mengikut perancangannya,Keluarga Zay akan datang dari Malaysia,namun ada masalah yang tidak dapat dielakkan.Insya Alllah..ramai jer kawan2 yang datang membantu.

Insya Allah,esok ummi dan Kak Aizah,merancang untuk datang membantu apa2 yang patut.Yelah anak sulung,lahir pulak di perantauan..memang harapkan sahabiah2 yang membantu.Ini mungkin masa orang lain,mungkin esok lusa ,masa kita pula.Siapa tahu.Yang penting kita ikhlas tolong menolong antara satu sama lain.Insya Allah,ganjaran daripada Allah pastinya ada.Tidak di dunia,di akhirat sana pastinya ada.insya Allah...


alhamdulillah..Faris dicukur oleh abi,,,

kepalanya agak lembut..kena berhati2..

kaki yang comel .JAdi anak yang soleh yer Faris..

Tangan si Faris yang comel..


Sesungguhnya anak2 ini merupakan harta perhiasan di dunia.



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Aal-e-Imran [3:14] 


Antara doa yang digalakkan dibaca selepas solat..



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. Al-Furqan [25:74]

Doa Nabi Ibrahim.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
 Ibrahim [14:40]


p/s:juga diedit dari blog ummi

8 comments:

ummu said...

assalamualaikum ummu faqeh
subhanallah comlnya Maryam,
jemari baby yang kecil selalu
mengundang rasa aksih kita kan..
jazakillah khu kairan katsira atas perkongsian pengalaman puan sekeluarga ini

UmiDAnisH said...

Assalamualaikum..

subhanallah, cumil2 baby tu semua, geramnya tengok... MOga anak2 kita menjadia anak yang soleh dan solehah..amin

Faqeh da besar yer, lama tk nampak dia..

Didoakan semuga semuanya berjalan lancar..amin

Pahmi said...

MasyaAllah..seronoknye jalan2 ziarah kawan :)
Bace tajuk entry ni, ingatkan Izma dah bersalin, hehe...
InshaAllah, semoga dipermudahkan nnt :)

ummufaqeh said...

ummu:
waalaikumussalam.alhamdulillah diberi peluang merasai pengalaman di negara orang.doakan saya dipermudahkan urusan untuk bersalin yer...amin!

Umidanish:
waalaikumussalam.Amin!anak2 cepat jer membesar,kita ni pula yang semakin tu...terimakasih atas doanya...

adnin:
itulah..entri mcam izma jer yang bersalin..lambat lagi..akhir bulan 5 ni duenya..doakan izma yer adnin..

nuhaz said...

salam..

mula2 tgk tajuk ingt izma dh bsalin...hehehe seronoknyee jln2 tgk tmpt org ye...xsabo nk tggu bb izma lak..msti cumell...tcare ye..smoga dpermudahkan semua..aminnn

ummufaqeh said...

acik azilah: terimakasih atas doanya..
^___^..iyer adnin pun ingatkan bb izma yang dah kuar..nanti dah kuar bb nih kena letak tajuk lain pulak yer...

Alhamdulillah..ada suka dan dukanya hidup di perantauan nih..doakan yang terbaik utk kami yer..

akhir bln 5 ni due izma...doakan dipermudahkan urusan yer..semua rasa ada nih..tapi harapnya semua selamat dan sihat,amin!

~ mQ ~ said...

salam,
teringin juga hamba utk ke jordan,
insyaAllah,
moga Allah permudhkn..

salam perjuangan. :)

ummufaqeh said...

mq: wslm..insya Allah..Mg Allah mudahkan urusan kita semua dan berada dalam lembayung rahmatNya selalu..amin!

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!