Pages

Wednesday, February 2, 2011

HURU HARA DUNIA vs KIAMAT.

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 11 malam...Alhamdulillah..kesekian kalinya ummi menukar template.Orang yang suka warna hijau ni memang sentiasa sukakan pembaharuan..:).

Ummi tangguhkan dulu entri mengenai Jelajah Jordan.Ada berita yang perlu lebih diutamakan..

Ketika jam 7 malam tadi ..

"Kakak dan anak2 apa khabar?Suasana di Jordan macamana?Abah baca berita mengatakan bahawa Jordan juga akan jadi seperti Mesir.Itu yang abah risau sangat nih.."..

Perbualan antara abah ummi dan ummi melalui skype.Ummi menerangkan dan menenangkan hati abah..Insya Allah..kami semua sihat dan selamat berada di Jordan ini.Ya Allah..hanya Engkau tempat kami memohon doa dan keselamatan..

HURU HARA DI BUMI KINANAH.

Semua sedia maklum apa yang terjadi di Bumi Kinanah..bumi Mesir, bumi nabi Musa..tengah bergolak sekarang. Kenyataan Syeikh Yusuf Alqordawi boleh dibaca di sini.
Bacaan juga boleh di baca di sini mengenai krisis sebenar darurat di bumi Mesir ini.

Pelajar Jordan ada yang masih terkandas di Mesir.Mereka bercuti di sana ketika cuti yang lalu.Ummi baru menerima mesej dari adik2 Casa Intelek...mereka yang pernah menjaga anak2 ummi  ketika ummi menunaikan haji baru2 ini.Alhamdulillah mereka semuanya selamat.Dalam proses menunggu untuk pulang ke Irbid dalam masa terdekat.Ya Allah mudahkan urusan mereka.Berilah kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada mreka..amin!

Pengalaman pelajar Jordan yang melalui saat2 sukar tersebut boleh dibaca di sini.Berdebar2 juga baca pengalaman adik nih.Ya Allah tak dapat dibayangkan jika di negara ini terjadinya suasana tersebut.Ya Allah..maka pada saat itu..tiada apa yang diingati lagi..hanya Allah sahajalah tempat pengaduan..Hendak selamatkan diri dan keluarga sahaja.Ambil yang perlu sahaja.Harta benda semua sudah tidak berguna lagi.

Hm..itu huru hara di dunia..bagaimana pula huru hara menjelang hari kiamat dan huru hara di Padang Mahsyar nanti????Ya Allah..tidak terbayangkan suasana tersebut.

HURU HARA DI HARI KIAMAT.





Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari KIAMAT (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). Al-Baqara [2:123] 

Allahu Akbar..gerunnya mendengar ayat ini...




Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari KIAMAT kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). Al-Baqara [2:212] 


Maka..apakah persediaan kita untuk menghadapi saat2 ini?..



(Ingatlah) hari (KIAMAT yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. Aal-e-Imran [3:30]

Wallahu A'lam...

"Ya Allah..berilah kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang sedang menghadapi kesulitan di bumi kinanah dan di seluruh pelusuk dunia."..

Semoga apa yang berlaku memberi kesedaran kepada kita semua..Ampuni hambaMu yang lemah dan penuh dosa ini..amin! 

No comments: