Pages

Sunday, January 2, 2011

Selamat Hari Lahir Mak teh!


Mak Teh, Pak Teh dan Nur Mawaddah Fatinah..

Bismillah Walhamdulillah...

Hari ini 2 Januari 2010....suhu di Jordan sekarang 15 degree,sobah ( alat pemanas ) tengah terpasang.Jam sekarang menunjukkan 3.28 petang.Malam pada musim sejuk ini panjang.Pukul 5 sudah malam..Hm..rajin pulak ummi nak update blog petang nih..apa sebabnya?? 

Oklah , kembali kepada tajuk entri ummi..

"Selamat Hari Lahir Mak Teh".

Moga panjang umur,murah rezeki..Berbahagia dunia akhirat,cepat2 Fatinah dapat adik baru lak!Hehe..pak teh jangan marah yer...Mak teh ni suka anak ramai sebenarnya.

Teringat dulu2 sebelum kawen, kami adik beradik memang rapat sangat.Merempit naik motosikal abah pergi ke bandar Kuantan.Memang seronok.Berkongsi hati dan persaan, cita2 dan masa depan.Kami mengimpikan membina keluarga bahagia di masa depan.

Kami adik beradik juga sentiasa ingat tarikh lahir masing2,memang itu yang kami lakukan sebelum ini.Alhamdulillah,walau selepas kawen, kami masih lagi ingat mengingati antara satu sama lain.Moga2 ini jalan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah antara kami adik beradik.

Sampaikan satu tahap,jika kami adik beradik tidak teringat tarikh lahir adik2 yang lain,akan diingatkan oleh abah dan ma agar mengucapkan selamat hari lahir untuk empunya badan.Alhamdulillah,itu didikan yang diberikan kepada kami.Terimakasih ma dan abah!!!

Oklah ucapan dan nasihat untuk adikku sayang..layarilah bahtera kehidupan berumahtangga sebaik mungkin.Didiklah anak permata hati menjadi anak solehah yang dapat membahagiakan ibubapanya dunia akhirat.Bersabarlah dengan segala ujian yang menimpa.Allah tidak akan menguji hambaNYa sesuai dengan tahap keimanan hambaNya..

2 nasyid ini ditujukan khas untuk Mak teh..

Selamat Hari Lahir

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


[00:20]Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
[00:26]Pohon melambai tanda sokongan,
[00:32]Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
[00:38]Dihari lahirmu sahabatku,

[00:45]Dedaun berguguran,
[00:51]Membuktikan kedewasaan,
[00:57]Walau tanpa madah dan hadiah,
[01:03]Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

[01:13]Selamat Hari Lahir,
[01:20]Iringan doa kuhulur,
[01:25]Bersyukur kepada-Nya,
[01:32]Atas nikmat usia,

[01:56]Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
[02:02]Pohon melambai tanda sokongan,
[02:08]Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
[02:14]Dihari lahirmu sahabatku,

[02:21]Usiamu ibarat mutiara,
[02:27]Tiada berganti lagi,
[02:32]Hiaskan iman bersulam taqwa,
[02:39]Agar sempat menuju haruman syurgawi,

[02:49][03:13][03:37]Selamat Hari Lahir,
[02:56][03:20]Iringan doa kuhulur,
[03:01][03:25]Bersyukur kepada-Nya,
[03:08][03:32]Atas nikmat usia. 

Sketsa Kehidupan

Album : Secerah Pawarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

**
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

(Sub-bridge)
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

(Chorus/Reff)
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

(Ending)
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan.

*new update ..hadiah dari Kak Jannah.

 hadiah dari Kak Jannah..

 bunga sama tinggi dengan Fatinah...

comel dok kek ning?


....4.45 mlm..( dah gelap..dah maghrib)..
..9 degree...
..nak solat maghrib jap..
ada masa umi sambung lagi cerita tentang haji kami.
p/s/: esok, 3 Januari 2011..our 8's anniversary..alhamdulillah...



No comments:

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!