السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
jam 2.55 pagi.Ummi baru jer nak bebaik dari demam..dah 3 hari demam.Amatlah seksanya demam di musim sejuk ini + negara orang lak..huhu..demam kafarah dosa agaknya!takpun demam kat family kat Malaysia..huhu
inilah ubatnya yang dulunya di Malaysia ummi takkan makan apabila demam.Tapi bila berada di sini, ummi terpaksa telan juga.Sebabnya dah beli mahal2 takkan tak nak m akan nanti membazir pulak kan?huhu ( mesti tok ma sukakan?sbb ummi dah makan ubat.tulah dulu payah bemor nak makan ubat! )Ni ummi beli masa bulan 9 hari tuh, dah demam dah sekali.Jadi ni demam yang kedualah!Demam kali ni, alhamdulillah..abahnya Asiah ada berikan ubat pada ummi-syukran!Kesian Asiah, ummi tak larat nak jaga bila demam cenggini...nanti ummi baik demam, Asiah datang yer!Asiahpun demam gakkan!
inilah hadiah buku yang dipos dari Singapura lagi..Sebenarnya ummi terbaca blog mereka nih.Dan disitulah bermula segala2nya..Selepas ummi C&P dalam blog ummi, penulis tersebut tinggalkan msg ini-
a'kum. saya penulis buku/blog Kembali Kepada Fitrah/Renungan haji 2008. kalau inginkan senaskah percuma, silalah hantarkan alamat ke solelyseoul@yahoo.com.sg.
ummipun sukalah sangat..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan ummi utk memiliki buku ini.Sedangkan alamat ummi di sini belum ada lagi.Ummi tumpang alamat kawan ummi.
Terimakasih Pn Aini di atas kiriman buku ini.Alhamdulillah..semoga dengan pemberian buku ini ummi sekeluarga dapat membuat persiapan diri untuk ke tanah suci nanti, insya Allah.Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk menjadi tetamuMu Ya Allah.Doakanlah kami yer.
No comments:
Post a Comment