Untuk makluman semua, MomBloggersPlanet membuat satu lagi contest iaitu
Cutest Baby in NATURE Contest..
pada sesiapa berminat untuk join boleh la klik kat bawah ni
Contest start from 1st to 15th November 2009- huhu, hari ni hari terakhir!
Seperti biasa contest bulan ini di sponsor oleh :
sebenarnya dah lama nak masuk contest nih, tapi duk tercari2 gambar yang bersesuaian.temanya pada bulan ini .. CUTEST BABY IN NATURE!
huhu, kat jordan ni mana ummi nak carik gambar ini nature nya..dahlah musim syita' sekarang.So setelah puas mengorek album2 lama..(tak lama juga, awal tahun ni)akhirnya berjumpa jugak beberapa keping gambar yang berkenan di hati..
antara syarat2 pertandingannya ,nyatakan sebab musabab peri pentingnya anak2 kita didedahkan kepada alam semulajadi yang amat indah ini.
pertamanya: anak2 perlu didedahkan kepada suasana alam semulajadi yang amat indah ini kerana mereka perlu tahu bahawa alam yang indah ini ada penciptaNya.
keduanya: mereka perlu mendapat udara yang segar bagi menjana minda yang cerdas dah fizikal yang cergas.
ketiganya: air yang mengalir dengan perlahan, dapat memberi ketenangan kedamaian kepada anak2 kita.Ini amat penting bagi menjamin anak2 yang cergas sihat.
hm..ini antara gambar2 yang bersesuaian...
yang ini gambar diambil di muar,johor. adik faseh suka sangat main kuda2 berayun ni, sambil menikmati udara yang segar di tepi pantai.Memang strategik play ground ni dibina ditepi pantai.Sambil anak2 bermain dapat menghirup udara yang segar...ibubapanya pula dapat menikmati pemandangan yang menenangkan..dapat menenangkan fikiran dari semua masalah.Maka di sinilah akan wujudnya sebuah keluarga yang bahagia.
yang ini pula adik berposing di tepi kolam ikan.Banyak sangat ikan dalam kolam tuh.Seronok dan sungguh teruja anakku ini.Sambil mendengar kocakan ikan dan deruan air yang menenangkan.Di sini ummi memperkenalkan jenis2 ikan dan membantu adik memberi makan kepada ikan2 tersebut.Suasana sebegini dapat menyegarkan minda dan memberi kedamaian kepada anak2 kita. Di samping itu dapat mewujudkan rasa kasih sayang sesama makhluk Allah.. 'apa yang oenting?kerjasama!wonderpets!'.Anak2 juga diajar menghargai alam ciptaan Allah ini dengan memelihara sebaik mungkin dengan tidak membuang sampah di merata2 tempat.
di sini juga adik faseh belajar untuk bertolak ansur dengan abang dan kakaknya.Bergilir2 untuk bermain buaian.Communication skill akan terbentuk di sini.
ini diambil di wet world, batu pahat, johor.Di sini anak2 ku bermain taman tema air ni selama 3 jam.Sambil berenang2 dengan gembira bersama abi dan ummi.Anak2 diajar supaya pandai berenang.Sambil berenang, dapat menikmati alam semulajadi yang berwarna hijau di sekitar taman tema ini. Di sini anak diajar menghargai air yang bersih dan menyegarkan.(huish seronoknya banyak air kat Malaysia, kami kat Jordan ni kena catu air, seminggu sekali jer mandi, sejuk! )
di sini juga anak2 dapat melihat pemandangan yang hijau...baik untuk mata.Senang nak belajar nanti, tak perlu pakai cermin mata, sebab mata dah power!
dah penat bermain, masa untuk adik faseh berehat sambil menghirup udara yang segar!
Kepada sesiapa yg teringin turut serta join contest ni boleh la ke link contest di:
http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
Seperti bulan2 sebelum ni hadiah tuk pertandingan ni di sponser oleh:
http://www.alicewonders.com/
http://www.photobook.com.my/
Hadiah2nya pula:
1x 1st Prize
~One Medium Landscape Hardcover or Medium Portrait Hardcover Photobooks by PhotoBook Malaysia (worth RM144)
~One bag of his/her choice from AliceWonders (worth from RM50-RM200) 1x 2nd Prize
~One Medium Portrait Softcover or Medium Portrait Classic Softcover by PhotoBook Malaysia (worth RM80) 1x 3rdPrize
~One Large Landscape Poster by PhotoBook Malaysia (worth RM68) 3x Consolation Prize
~One PurseHook from AliceWonders (worth RM20)
harapnya ada rezeki kami kan..amin.
No comments:
Post a Comment