assalamualaikum..31 Oktober 2009, jam 12.00 pagi.Suasana dah bertambah sejuk sekarang.Semalam merupakan hari terakhir musim soifi..dan bermulalah suasan yang amat sejuuuuuuuuuuuk sekali.Jam juga telah berubah.Sejam lebih lewat.Bermakna sebelum ni, Di Jordan lewat 5 jam berbanding waktu di Malaysia pada musim soifi, jadi sekarang lewat 6 jam.Dan bermakna juga masa siang akan jadi pendek dan...suasana malam akan jadi lebih panjang...
Maksudnya juga pukul 5 petang, suasana sudah bertukar malam...Dan di sini waktu sembahyang juga telah berubah!
Subuh 4:30
Sunrise 5:52
Zuhur 11:21
Asr 2:25
Maghrib 4:48
Isha 6:06 .
Anak2 juga sudah menunjukkan simpton kesejukan yang ketara.Perubahan cuaca yang mendadak ini, paling kurang mengambil masa seminggu untuk menyesesuaikan diri kami sekeluarga.Ummi dan abi nya juga amat kesejukan,baju 4,5 lapis dipakai, anak2 lagilah.Tapi yang ummi duk risau sangat nih, faqeh dan faseh, amatlah payah nak pakai baju sejuk, katanya tak sejuk.Tapi, 20 minit sekali kencing.Siap faqeh tadi tak sempat nak buang seluar dah terkencing.Habis seluar yang 2,3 lapis dan baju yang berlapis-lapis tuh.( bukan kek lapis yer!) BASAH!Geram betul ummi dibuatnya.Dahlah nak keringkan baju musim macam gini amtlah payahnya.
Tapikan itulah karenah anak2 yang perlu ummi abi lalui.Itu tak termasuk masa nak tidur lagi.Abi akan tidur lewat, sebab abi study dulu.Then ummi yang akan tidurkan mereka.Adik baby seperti biasa, akan berkepit dengan ummi.Adik faseh duk sebelah kanan, abg faqeh duk sebelah kiri ummi , pastu Kak Jannah nak duk mana?Atas ummi ker?semuanya nak tidur sebelah ummi.Siap gaduh2 lagi.Nak2 sifaqeh tuh, akan menangislah kalu tak dapat tidur sebelah ummi.Kak Jannah pulak kalu tak dapat tidur sebelah ummi, mesti nak pegang jugak tangan ummi.Sabar jelah!Tapi ummi dah buat sistem giliran.(macam bermadu pulak! ) malam ni turn sape, then malam esok turn sape.Barulah adil namanya.
Suasana di Irbid ini juga dah bertambah sunyi sekarang.Alhamdulillah,tak adalah orang duk bising, pasang lagu kuat2 dari kereta dan rumah.Sebab apa tak ada?Semuanya bersantai kesejukan dalam rumah!Nak keluarpum malas.Baik berselimut, lagi bagus kan.
Apabila suasana dah bertambah sejuk ini, nak ambil air sembahyang juga terketar2.Sampaikan rantai leher yang dipakai sejuuuuuuk sangat.Tak tebayang oleh fikiran kami yang pertama kali mengalami musim sejuk ini.Tapi inilah yang dinamakan pengalaman kan?
Hm..semalam sempat ber'ym' dengan beberapa kenalan di Malaysia dan juga Australia.Ija-Mammiya, thanx 4 ur advice, ummi dah buat slow2 apa yang dicadangkan.Juga Ummi Masniah, terima kasih atas nasihat tuh, study2 juga, kesihatan kena jugak jaga.Kami di sini berdua, tanpa orang tua ...( kami ni muda lagi ker?)kadang2 berbuat tanpa berfikir tentang akibatnya.Dan, sekarang ummi amik inisiatif suruh abi tidur dulu, biar ummi berjaga dulu, then pukul 3 pagi nanti ummi kejut abi.Ummi dah tidur tadi sebenarnya.Dan ummi abi duk bernincang mengenai penjagaan kesihatan abi.Yerlah setiap malam berjaga, dan ummi merasakan perlkunya abi kepada supplement bagi menjamin kesihatan berpanjangan.
Jadi, wahai semua yang berada di luar sana, berilah cadangan supplement apa bagus untuk my hubby yang kena kuat fizikal dan mental.Terima kasih semua yer.
anak2 yang tidur dengan baju sejuk.Hujan renyai2 di luar.
baju yang dikeringkan di dalam rumah.Terpaksa dikipaskan.Mungkin makan masa berhari2 untuk kering.
kak jannah yang kesejukan.
abang faqeh yang enchem..
adik faseh chomel..
2 comments:
hihihi...anak2 tido pakai sweater. cam we all mula2 dulu time belum beli heated blanket. so tido la 3 branak pakai baju sejuk.
itulah mamamiya..terpaksa pakaikan sweater dulu sebelum kami beli pemanas ni.Tapi yang kecik payah benar nak pakai sweater time tidur.hehe
Post a Comment