Pages

Tuesday, January 11, 2011

TETAMU ALLAH-SIRI TERAKHIR.

Bismillah Walhamdulillah..

Jam sekarang menunjukkan 4.00 ptg,hujan sedang renyai2 di luar.Memang tengah kesejukan sekarang ini.Alhamdulillah diberi peluang untuk mengupdate siri terakhir perjalanan kami ke Madinah dan Mekkah.

Setelah 2 hari berada di Madinah,kami bertolak ke Mekkah yang memakanmasa lebih kurang 7 jam.Alhamdulillah..dapat sekali lagi kami menjejakkan kaki ke Masjidil Haram...


ARAFAH.

Kami membuat Haji tamattu'.Bertolak ke Arafah menaiki bas,memakan masa lebih kurang sejam lebih sahaja.Tetapi jalan agak sesak.Alhamdulillah di Arafah sudah disediakan khemah untuk para haji dari negara arab.Kami sampai menjelang maghrib.Setelah solat dan makan makanan yang kami bawa bekal dari hotel, kami berjalan sekitar Arafah..Masjid Namirah..alhamdulillah.Di sini memang ramai yang tidur merata2.

PAda siangnya memang terlalu panas.Alhamdulillah,dipasang air pancutan dari atas bumbung untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji.Alhamdulillah.Terbayang bagaimana ibadat haji orang2 terdahulu,yang mana kemudahan tidak ada seperti sekarang.

Tengaharinya,ummi pening kepala dan muntah2...mungkin terlalu panas.Ujian yang sedikit untuk menjadikan ummi dan bb dalam perut ummi,insan yang tabah mengharungi hidup2 ini.Amin.."Bantulah kami semua Ya Allah."

Di Arafah ini jemaah digalakkan untuk menginsafi diri dan mengingat kembali perjalanan hidup dan mememohon ampunan daripada Allah...

"Di antara hari yang ALLAH banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah di hari Arafah (iaitu untuk orang yang berada di Arafah). Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian ALLAH berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?"[20]



MUZDALIFAH DAN MINA.

Setelah selesai wukuf di Arafah,kami menuju ke Mina dengan menaiki bas pada mulanya.Namun,kumpulan dari Malaysia mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke Mina.

Alhamdulillah,pengalaman yang amat mencabar rohani dan jasmani sebenarnya.Berjalan di tengah malam.Terlalu ramai orang yang berjalan kaki menuju ke Mina.Kami bersolat maghrib dan Isyak di Muzdalifah.Sambil berhenti rehat,makan apa yang ada.Alhamdulillah..dikurniakan sahabat2 yang memahami antara satu sama lain.Dalam kumpulan kami ada 2 orang ibu yang mengandung.Ummi selalu ditanya adakah ingin berhenti rehat oleh hubby.Itulah hubby yang amat "caring" orangnya.Sampaikan beg ummi dibawanya sekali.

MOTIVASI KAKI BENGKAK.

Perjalanan dari Arafah ke Mina menyebabkan kaki ummi bengkak dan amat sakit untuk berjalan.Tapi,alhamdulillah..Allah beri ummi kekuatan.Sepanjang perjalanan mehuju ke Mina,ramai para haji tidur di merata2 tempat untuk melepaskan lelah.Ada yang tua dan ada yang muda berjalan mengharungi kegelapan malam ,ditemani angin sejuk.Ada yang membawa anak dan ada juga yang bertongkat,tapi wajah mereka sedikitpun tidak menggambarkan kepenatan,malahan jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan dan kesyukuran kerana di beri peluang menunaikan haji pada tahun ini.Ini memberi motivasi kepada ummi yang hanya sakit sedikit..ALHAMDULILLAH,YA ALLAH!


Sampai di Mina,kami terus menuju ke tempat melontar.Selesai melontar , kami bersolat subuh di area jumrah tersebut.Alhamdulillah,selesai tahallul awal kami.Kaum lelaki sudah boleh memakai pakaian biasa.Tidak perlu memakai pakaian ihram lagi.

Kami menuju ke asrama penginapan kami di Mekah untuk berehat.Alhamdulillah..selepas maghrib kami menuju ke Mina dengan berjalan kaki sekali lagi.Kenderaan terlalu mahal untuk dinaiki.Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.Alhamdulillah diberi kekuatan.

KHEMAH YANG SELESA.

Alhamdulillah, di Mina ,khemahnya agak selesa.Tandas ada berdekatan dengan khemah.Di luar khemah kami,ramai African yang menjual nasi dan lauk nasi.Pelbagai hadiah dan cenderamata juga dijual.Esoknya kami ke tempat melontar untuk melontar pada hari tasyriq.Kami hanya melontar untuk 2 hari ,Nafar Awal.

LEMPAR SYAITAN!

Alhamdulillah,batu2 yang dikutip sepanjang perjalanan dari Arafah menuju ke Mina,melalu Muzdalifah, dilontarkan di sini.Ada 3 jumrah.Ada tiga buah Jumroh di Mina, yaitu: Jumroh 'Aqobah, terletak paling dekat ke Mekah Jumroh Wustho, yang terletak di tengah. Jarak antara Jumroh , Aqobah dan Jumroh Wustho kurang lebih 117 m. Jumroh Ula, yang terletak dekat Masjid Khoif. Jarak antara Jumroh Wustho dan Jumroh Ula kurang lebih 156,5 m.

MENUJU MASJIDIL HARAM

Jemaah dari Jordan memang singkat masanya berada di Mekah.Selepas melontar pada hari kedua,sekali lagi kami berjalan kaki menuju  ke Masjidil Haram.Ramai yang berjalan kaki.Sememangnya ada laluan yang disediakan untuk mereka yang berjalan kaki.

Sampai di Mekah,kami menuju ke Restoran FELDA untuk mengalas perut.Alhamdulillah..selepas itu kami menunaikan tawaf dan saie yang terakhir.Kami melakukan tawaf di tingkat bawah,dan saie di tingkat 3.

DOA KETIKA TAWAF WIDA’


Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. 


Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya.

Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.

Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut, bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.

Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.


Terasa sayu meninggalkan rumah Allah yang mulia ini.Tidak dapat digambarkan perasaan ini..


"Ya Allah Engkau telah mudahkan untukku sehingga Engkau jalankan aku di negeriMU dan Engkau telah menyampaikan aku dengan nikmatMU jua shingga Engkau menolong aku untuk menunaikan ibadah haji.Kalau Engkau redha padaku,maka tambahkanlah keredhaan itu pada ku.

JIka tidak ,maka redhailah sekrang sebelum aku jauh dari rumahMu ini.Sekarang sudah waktunya aku hendak pulang.JIka Engkau izinkan aku dengan tidak menukar sesuatu dengan zatMU ataupun rahmatMu,bukan benci padaMU dan tidak pula benci pada rumahMu."

"YA Allah janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumahMU.Jika sekiranya Engkau jadikan masa ini masa terakhir bagiku,makan gantikanlah syurga untukk dengan rahmat MU wahai Tuhan Yang Maha PEngasih  lenih dari segenap yang pengasih."

HUJAN BERSIH KOTORAN ZAHIR, ARAFAH BERSIHKAN KOTORAN BATIN.

Setelah selesai saie,kami menuju ke asrama penginapan kami dengan berjalan kaki!Ramai yang berjalan kaki.Di saat kami keluar dari Masjidil Haram,hujan amatlah lebatnya.Namun,dek kerana kejarkan masa,kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki.Teksi dan kenderaan inginkan 100 riyal seorang untuk ke asrama penginapan kami.100 riyal= RM 100.

Kami berjalan dalam hujan yang agak lebat.Pengalaman yang mencabar sebenarnya.Kasut dan baju yang kebasahan ditambah dengan kesejukan dan kelaparan..semuanya ada..

Kami bertolak pulang ke Jordan pada jam 4 pagi.Alhamdulillah..semuanya selesai dengan baik...


Ummi amat terkesan dengan kata2 seorang sahabat ini.. 

"Dengan mengingat-ingat perjalanan menuju Tanah Suci, jamaah diharapkan dapat semakin mengenali dirinya sendiri. Semakin banyak kejadian-kejadian yang dialami, diharapkan jamaah dapat semakin mengenal diri dan Tuhannya,"


Tuan rumah kami,Ummu Qusoi menyambut kepulangan kami dengan hiasa ini.Syukran..Allahu yu'tikal 'Afiah!Ini pintu masuk ke bangunan kami.Dia cakap nak letakkan lampu lip lap sebenarnya,tapi tak sempat nak beli.Alhamdulillah,dikurniakan tuan rumah yang amat baik orangnya..

Anak2 yang kegembiraan mendapat buah tangan dari ummi dan abinya..

Kak Jannah dengan anak patung permintaannya..

Kad yang dibuat oleh anak2 kesayangan kami...kreatif dan inovatif betul budak2 nih.


LUahan hati anak2 yang ditinggalkan selama 2 minggu .Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Anak2 amat seronok dan bahagia tinggal bersama acik2 mereka.Terimakasih yang tak terhingga untuk adik2 Casa Intelek.Semoga ALlah sahaja yang mampu membalasnya.Selama kami melakukan ibadah haji hanya beberapa kali menelefon kepada anak2.Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan kami...


...8 degree...
irbid,Jordan...
sejuknyer..bila salji nak turun lagi nih..
..nak update tentang sek anak2 lepas nih..
Insya Allah...





2 comments:

Yang Tertulis, Yang Terpilih.... said...

Allahuakbar.... tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya nikmat yang telah Dia bagi untuk dikecapi. TQ 4 sharing....

ummu faqeh said...

Alhamdulillah...mg Allah mudahkan urusan kita semua,amin!