Pages

Saturday, January 15, 2011

ELAK ARTIKEL DICOPY.

Bismillah Walhamdulillah..

MOHON MAAF

Pengajaran baru untuk ummi hari ini..Hakcipta terpelihara...Sebelum ini mungkin ummi tidak ambil berat tentang perkara ini.Maafkan ummi yer...kepada sesiapa yang ummi C&P gambarnya ..MOHON MAAF....
Sudah didelete semuanya..

HALANG DICOPY.

Kat sini ,ummi ada terbaca mengenai artikel bagaimana hendak elakkan orang C&P artikel dalam blog kita.Kalu anda ingin mencuba silakanlah.Tetapi,ummi tak aktifkan di blog ummi ini.Ummi sedang mencari bagaimana nak halang orang copy gambar kita..itu ajer.Dulu ummi pernah jumpa...

HORMATI SUSAH PAYAH MEREKA.

Terbaca luahan hati mereka2 yang terlibat,ummi baru terperasan.Hormatilah usaha jerit payah mereka.Ummi ada back link kan artikel2 yang di c&p,namun..ummi c&p gambar hakcipta mereka sekali...Maaf sekali lagi.

BERHATI2 SELEPAS INI.

Insya Allah,pengajaran baru buat ummi..agar lebih berhati2 selepas ini...Artikel dan resepi boleh sahaja berkongsi,cuma gambarnya haruslah hakcipta sendiri!!!remember it!
Salam ukhuwah untuk blogger2 yang datang menjenguk ke blog ummi ini..
( terkejut juga menerima komen bertalu2,tak sempat nak didelete lagi,komen datang menjengah...terfikir..kuat ukhuwah antara blogger ni rupanya..^__^)


UNDANG2 HAKCIPTA DALAM ISLAM.

dicopy dari sini.   
( copy lagi...^___^ )



Umumnya, semua manusia yang merendah diri tak akan sesekali merasakan adanya undang-undang ini, kerana dia yakin semua datang dari Allah dan akan kembali padaNya. Namun, khusus kepada puak-puak kapitalis yang nak mencari untung, apa saja yang boleh dibuat keuntungan akan diusahakannya, sampai ilmu pun ada copyright. memang hairan habis zaman manusia akhir zaman. 

Dulu hadis-hadis, ulasan hadis-hadis, ilmu-ilmu disebar dan terus disebar. para ilmuwan islam yang nak ajar matematik pun akan duduk di jalanan je ajar ilmu-ilmu , percuma 100%. hari ini, buku-buku ilmiah ada copyright, sampai buku hadis pun ada copyright, depa bayar royalti kat imam bukhari, muslim, atau perawi ke tak, aku pun tak paham. malah, idea-idea pun nak dicopyright. 

Kalau dulu penceramah selalu kata "yang baik datang dari Allah (hakcipta Allah , bagi kredit kat Allah)". Zaman sekarang dah lain, "rakaman ceramah ni tolong beli yang original ya, jangan beli cetak rompak". Ada pula tu, "tolong bagi kredit pada saya", "bagi kredit pada blog saya",depa dah lupa pasal "semua yang baik datang dari Allah, maka terima kasihlah pada Allah". 

Lupa sangat-sangat nak bagi kredit pada Allah. Lepas anak Adam mati, ada 3 amalan yang tak putus. antaranya, ilmu bermanfaat yang disebarkan. Patut lagi seronok ilmu tersebar, dia halang-halang orang sebar, asyik-asyik nak kredit , nak copyright. Walaubagaimanapun, tak apalah, dah manusia nak sangat berkira dengan nikmat Allah yang dia dapat, nak buat camne, kita bukan boleh paksa orang kedekut jadi pemurah. Maka, kita iktiraf sajalah kemahuan dan keinginan mereka mahukan hakcipta walaupun mereka bukan pencipta, hanya makhluk lemah seperti kita jua. Maka para alim pun mengeluarkan fatwa akan hukum hakcipta ini. 



.....Irbid,Jordan...
..6.00 malam..
..Syita' yang sejuuuk!!!..


Wallahu A'lam...Moga peringatan yang sedikit ini menjadikan kita orang yang lebih dekat dan hampir kepadaNYa..teguran daripada Allah disalurkan dengan pelbagai cara..hanya kita sahaja yang sepatutnya mencari 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat atas apa yang berlaku kepada kita.. Ampuni aku Ya Allah!!!

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam izma.. pernah akak nak copy gambar dr 1 blog tu.. tiba2 keluar tulisan.. Ha! nak buat apetu? nak copy ye?.. terkejut i.. tp masatu copy sebab nak join GA dia..

ummu faqeh said...

wslm kak zefa...hehe..itulah..kena lebih berhati2 skrg..