Bismillah Wal hamdulillah..
"Faqeh tolong ambikkan telefon abi atas meja dalam bilik sekejap"
..." ok,abi ini telefon abi"...
Abi pun terus mengambil telefon tersebut..namun pada masa yang sama Faqeh belum beranjak dari tempatnya..sambil memandang2 abinya...namun abi masih belum memahami apakah kehendak Faqeh sebenarnya..
"Abi sokmo gitu ok..dok ingak nak cakap syukrang!"
( loghat teganung pekat,biarpun berada di Jordan!)...
"Dok ingak setarang abi nok kabo..syukran ya Faqeh!Abi minta maaf dok ingak!"
(Bapa borek anak rintik!..yer ker peribahasa nih..)
"'Afwan ya abi.."
Pada situasi yang lain pula.
"Ummi,Faqeh nak makan nestum.Lapar"
"Faqeh,ini nestum Faqeh ..makanlah"
"Syukran ya ummi".
.Ummi tidak sempat menjawab apa2..kerana sibuk membuat kerja lain pula.
"Ummi..sokmo gitu..Faqeh cakap syukran,ummi kenalah cakap 'Afwan'."
"Ok..afwan " ^__^
Itulah karenah Faqeh yang membuatkan ummi tersenyum sebenarnya..Sekarang sudah seminggu Faqeh demam..Masih lagi kurang bermaya dan masih tidak membuas seperti biasa.Insya Allah nanti hero kesayangan ummi akan kembali membuas. Nanti ummi pula yang tak terlarat melihat karenahnya.Itulah Faqeh,bila sihat,ummi selalu marah kerana suka menyepahkan rumah.Apabila sudah demam,sunyi pulak tanpa 'kebuasan' dia.Asyik nak tidur jer.
Apa yang ummi ingin berkongsi mengenai ucapan terimakasih/ syukran/ thank you/toche/syukriya.Perlu diajar anak untuk mengucapkan terimakasih,malahan ibubapa juga seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Sebenarnya mengucapkan terimakasih ini memupuk rasa rendah diri. Kerana kita memerlukan bantuan orang lain sebenarnya dalam sesuatu perkara.Insya Allah apabila anak2 telah dididik daripada kecik untuk biasakan diri mengucapkan teriamakasih,insya Allah..anak2 akan mudah mengucapkan terimakasih dan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Di sini,ummi C&P dari sini.
Anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih.
Pernah satu hari anak saya mahukan susu buat kali kedua. Akan tetapi dia tidak ingat di mana dia meletakkan botol susunya. Kemudian saya mencarinya dan anak saya memberontak kerana saya tidak menjumpai botol susunya. Penatnya ibu mencari botol susu tersebut, tapi anak pula marah-marah sebab ibunya tidak menjumpai botol susu yang dihilangkannya.
Kadangkala, rasa tertekan dan kadangkala ibu bapa boleh rasa stress dengan keadaan ini. Namun, tindakan mendidik anak adalah tanggungjawab kita. Bukan pihak nursery atau tadika. Kita yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum orang lain.
Baiklah, sekarang mari kita mengajar anak mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepadanya. Terdapat 2 perkara yang perlu dielakkan untuk mengajarkan anak berterima kasih.
Yang pertama, untuk mengajarkan anak berterima kasih akan menjadi sukar jika anak anda memperolehi setiap benda yang diingininya sejak kecil.
Yang kedua, terlalu banyak hadiah yang diberikan kepada anak kecil adalah keterlaluan dan sangat berat bagi dirinya. Anak kecil akan keliru dengan pemberian hadiah yang sepatutnya istimewa tetapi menjadi seolah-olah pemberian biasa seperti ibu memberi makan. Sebolehnya, berikan hadiah kepadanya di atas satu-satu pencapaian yang diperolehinya.
Untuk mengajarkan anak berterima kasih, pertama sekali ia mesti dimulakan daripada ibu bapa dan orang sekelilingnya. Ucapan terima kasih ini mudah sangat tertinggal atau terlupa, akan tetapi ia sangat penting. Ucapan ini dapat menghasilkan peribadi yang sering merendah diri dan tidak berbangga-bangga dengan harta atau sesuatu yang dimilikinya.
“Terima kasih sebab ambilkan buku untuk umi”
“Terima kasih sebab picit kepala umi”
“Terima kasih sebab jadi anak yang baik”
“Terima kasih sebab selalu tolong umi kemas rumah”
“Terima kasih sebab sayang umi”
“Terima kasih sebab picit kepala umi”
“Terima kasih sebab jadi anak yang baik”
“Terima kasih sebab selalu tolong umi kemas rumah”
“Terima kasih sebab sayang umi”
Banyak lagi ucapan yang boleh diberikan kepada anak-anak kita. Dengan permulaan inilah, anak-anak kita akan belajar untuk menghargai sesuatu dan belajar merendah diri di hadapan orang. InsyaAllah…
dicatat pada jam 2.00 pagi.
Suhu: 21 degree
Menemani hubby study,esok exam!
Mood: Ngantuk,nak tidur dah.
Faseh dah bangun minta tidur sebelah dia.
Faqeh,alhamdulillah lena tanpa batuk2 dah,sebelum ni,selalu batuk malam2.
Ok,selamat malam!
No comments:
Post a Comment