Bismillah Walhamdulillah..
Hari ini bertarikh 20 Julai 2010, bersamaan 8 Sya'ban.Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita.Rasanya baru semalam berlalunya Ramadhan dan Syawal.Ramadhan tidak lama lagi bakal menjelma.Bermakna kali ini kali kedua kami sekeluarga akan berpuasa dan beraya di perantauan.
Sumber asal: al-qaradhawi.net.
Terjemahan:
Soalan:
Adakah disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Sya'ban?
Jawapan:
Bulan Sya'ban merupakan salah satu bulan yang digalakkan oleh Nabi saw untuk memperbanyakkan puasa. 'Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak berpuasa penuh (dalam bulan-bulan yang lain) kecuali dalam bulan Ramadhan. Ini berbeza dengan apa yang dibuat oleh sebahagian masyarakat di sesetengah negara 'Arab, yang mana mereka berpuasa tiga bulan (berturut-turut): Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, dan enam hari dalam bulan Syawwal yang mereka namakannya (al-baidh) menjadikan puasa mereka itu bermula dari awal Rejab sehingga hari yang ketujuh dalam bulan Syawwal, kecuali hari raya (iaitu hari pertama dalam bulan Syawwal). Perkara ini tidak ada dari Nabi saw, juga dari para sahabat serta tabi'in-tabi'in.
Nabi saw berpuasa pada setiap bulan. 'Aisyah r.a berkata: Baginda saw berpuasa sehingga kami mengatakan (merasakan) bahawa Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehingga kami mengatakan (merasakan) bahawa Baginda tidak berpuasa. Kadang-kadang Baginda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang pada setiap bulan, khususnya pada hari al-baidh (dalam bulan Qamariah), dan kadang-kadang juga baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari yang lain (yang berikutnya), sebagaimana yang dibuat oleh Nabi Daud a.s.. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud a.s, Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari yang lain.
Dalam syarak, tidak harus (kita) mengkhususkan puasa pada hari tertentu, atau melakukan qiam pada malam tertentu tanpa ada sanad (sandaran) syar'ie. Sesungguhnya urusan ini bukanlah hak seseorang (untuk berbuat demikian), bahkan ia adalah hak Allah sahaja.
Mengkhususkan waktu-waktu atau tempat-tempat dengan ibadat-ibadat (tertentu) dan menentukan gambaran-gambaran dan kaifiat-kaifiatnya merupakan urusan Allah dan haknya, dan ia bukanlah urusan manusia.
Allah Taala yang Maha Mengetahui.

Nabi alaihi as-solatu wa as-salam banyak berpuasa pada bulan Sya'ban. Ini merupakan satu persediaan Baginda untuk menyambut Ramadhan. Adapun (yang mengatakan bahawa) Baginda berpuasa pada hari-hari tertentu tidak ada sama sekali.
Dalam syarak, tidak harus (kita) mengkhususkan puasa pada hari tertentu, atau melakukan qiam pada malam tertentu tanpa ada sanad (sandaran) syar'ie. Sesungguhnya urusan ini bukanlah hak seseorang (untuk berbuat demikian), bahkan ia adalah hak Allah sahaja.
Mengkhususkan waktu-waktu atau tempat-tempat dengan ibadat-ibadat (tertentu) dan menentukan gambaran-gambaran dan kaifiat-kaifiatnya merupakan urusan Allah dan haknya, dan ia bukanlah urusan manusia.
Allah Taala yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment