MADAH MUQADDIMAH
Jam menunjukkan pukul 1 pagi,suhu sudah mencecah 9 deg kembali!!!!Oh, tidak..kembali sejuk dan beku.Habis semua baju tebal anak2 ummi dikeluarkan kembali.Sejuk melanda!Sobah ( heater ) dipasang kembali..
Dalam sejuk2 nih, sempat juga ummi dan anak2 ke Madinah Hassan.Buat apa pergi?( ^_^)..Roller Blade!Anak2 seronok sangat.Kebetulan ada Riadhah Santai..jadi ummi ambik kesempatan membawa anak2 , sambil mengeratkan ukhuwah dengan adik2 akhowat.Kali ini ummi pergi sendiri dengan anak2.Naik teksi sendiri.Alhamdulillah..ummi kena pandai berdikari sendiri!Kursus Bahasa Arabkan sudah pergi, bila lagi nak praktiskan?
SERTAI PROGRAM PELAJAR?
Mungkin ada persoalan yang timbul...buat apalah ummi menyibukkan diri menyertai program2 yang pelajar anjurkan?Ummi bukannya pelajar..buat apa mnyertai program mereka?...Banyak jawapannya..Riadhah penting untuk kesihatan..ummi inginkan keluarga ummi sihat dan cerdas selalu..Lagipun boleh berkenalan dengan adik2 akhowat..Lain2 program..adalah untuk menambah ilmu di dada.
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.Al-Baqara [2:269]
Rugilah sekiranya ummi tidak mengambil peluang sementara berada di bumi Allah Jordan ini...
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.Al-Hajj [22:46]
Berdasarkan ayat di atas...maka ummi dengan sukacitanya ingin menyertai program WIKIPEDIA..
Adik..ummi akan bawa sekali.Yang lagi dua orang...ada ker sesiapa nak tolong jagakan? ^_^
WIKIPEDIA
(WIKIPEDIA) 2010
TARIKH : 20 MAC 2010
HARI : Sabtu
TEMPAT : Jerash
MASA : 6.30 pagi - 4.00 petang
SASARAN : 20 orang akhwat yang terawal mendaftar
Anjuran :
Persatuan Penuntut Malaysia Amman Jordan (PPMAJ).
Dengan kerjasama :
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI)
Jom tengok tentatif program :
6.30 pagi - Bertolak ke Jerash
08.00 pagi - Tiba di tempat program, Jerash
LDK 1
09.00 pagi - Ceramah:”MUSLIMAH CEMERLANG PEMANGKIN
UMMAH GEMILANG”
Oleh: Ustaz Mohd Ridzuan Khalin
10.30 pagi - LDK2
11.30 t/hari - Solat Zohor dan makan Tengah hari
12.15 t/hari - LDK3
1.15 petang - Resolusi: “Perencanaan Muslimah dalam Misi dakwah”
2.00 petang - Bersurai/Bersiap sedia pulang ke Irbid
4.00 petang - Tiba di Irbid.
Ummi teruja hendak menyertai program ini.Kenapa?Banyak sebab2nya..Ya Allah permudahkan urusan ummi untuk ke sana..amin!Lagi teruja apabila program ini dibuat di Jarash.Tempat yang penuh dengan sejarah.Boleh dibaca di sini.
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Ar-Room [30:9]
2 comments:
salam ummifaqeh, jerash mmg tempat yang sangat cantik. Best dpt sampai ke sana,dah sejuk kembali kat sana.. tak tahan kan terlampau sejuk mcm nak beku je tangan
kak ma..ini yg mbuatkan lg tidak sabar untuk pergi ke sana.Insya Allah..esok saya akan ke sana..mg Allah permudahkan urusan..
Yer kak ma..kembali sejuk dan dingin!!!
Post a Comment