Pages

Saturday, March 27, 2010

SAHABAT DUNIA AKHIRAT.

Alhamdulillah..selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Selawat dan salam untuk junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Bismillah Wal Hamdulilllah...Jam menunjukkan 5.00 petang, suhu 13 degree sekarang.Jam sudah diwalkan sejam daripada biasa.Bermakna beza antara waktu Malaysia dan Jordan adalah 5 jam sekarang.My hubby pergi menziarahi maqam Abu Ubaidah, sahabat Rasulullah.

SEPI TANPA BERITA.LEISY???

Leisy ( kenapa? * Bahasa ammi Jordan.Limaza, bahasa Fushoha.).Sudah seminggu ummi tidak mengupdate blog rupanya.Lesiy ya ummi?leisyyy???Beberapa orang sahabat telah bertanya.Demam ker?Demam Jerash ker?Tak sihat?Sibuk ker?Mengandung ker?banyak tidur ker?  ^_^.Banyak persoalan yang berligar2 difikiran sahabat2 sekalian.Hm..manakala yang tidak bertanya,namun apabila datang ziarah ..masih tiada entri terbaru,pastinya kecewa..Ye ker kercewa?Ummi tak tahu nak jawab macamana sebenarnya..Biarlah Rahsia!Haya Tuhan Yang Tahu..Macam tajuk  nasyid jer.Tak per,itu tak penting , yang penting sekarang ummi akan kembali aktif berblog selepas ini, Inysa Allah.Allhu Yusahhil.Semoga Allah mempermudahkan urusan ummi.

SAHABAT DUNIA AKHIRAT.
Terimakasih kepada Kak Da n Kak Aizah ( Jordanian ) kerana prihatin kepada kami sekeluarga.Hidup kami di perantaun memanglah begini.Saling bantu membantu kerana inilah keluarga kitakan? Ummi nak bercerita tentang sahabat2 ummi.Insya Allah diharapkan persahabatan kami ini tidak akan terputus..walau jarak dan masa telah memisahkan kita..



SAHABAT DI SEKOLAH RENDAH.



Ini sahabat ummi,ummi selalu berhubung dengan dia melalui FB dan juga YM.Terimakasih pada teknologi kerana mendekatkan apa yang jauh.Alhamdulillah..umiey sekarang sudah mempunyai 2 orang cahaya mata.Hm..dah tua yer sekarang umiey..jadinya kena banyak2 jaga kesihatan tau.Ni link blog dia.Dan lagu nasyid ini ummi tujukan khas buat sahabat ummi ini..Syarifah Ummi Ilyana.

Sahabat
Album :
Munsyid : Devortees
http://liriknasyid.com



Dengarkan kerinduan di lautan memori
Mengintai kenangan indah
Yang menyentuh emosi
Masih segar diingatan
Hadirmu bawa sinar cahaya impian

Sahabat,
Kau sesungguhnya
Temanku dikala suka & lara

Tikaku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan
Untukku ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan
namun tiada noktah kasih,
Biar lama ku menentukan
nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuangan
ke titisan darah terakhir

Dan aku,
masih disini terus mendaki
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,
terus menanti saat yang manis
akan berulang kembali...
SAHABAT...


SAHABAT DI SEKOLAH MENENGAH.


ini sahabat ummi.Nor Hafizah namanya.Alhamdulillah..sudah dikurniakan anak sulung pada minggu lepas.Insya Allah balik Malaysia nanti kita jumpa yer..

 Gambar ni diambil ketika hari bersejarah mereka berdua.Ummi tidak dapat pergi kerana tengah berpantang!

Kami doakan anak yang lahir bakal menjadi anak yang solehah.Mampu mendoakan kesejahteraan kita di dunia mahupun di akhirat kelak, Insya Allah.

* Sebenarnya ramai kawan masa sekolah menengah, tapi ini antara sahabat ummi yang rapatlah.Kak Aisyahpun rapat juga sekarang, tapi tak ada gambar nak tepek kat sini.^_^.




Ni sahabat ummi juga..Namanya Nor Azmaliana Alias.Sahabat masa sekolah dan bersama sekejap di KIPSAS.Namun ..ummi beralih arah ke tempat lain.Namun bukan niat untuk meninggalkan Na.Ummi dah istikharah dan minta Allah tunjukkan jalan terbaik.Alhamdulillah..Allah yang merancang semuanya.Na..lirik nasyid nih khas buat Na..

Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com



Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah

SAHABAT DI IPTA.


Ini sahabat ummi di IPTA dulu.Namanya Mazuira Sarmani.Banyak kenangan manis bersama dia.Ummi panggil dia Kak Ira.Ummi tergerak nak bercerita tentang Kak Ira sekarang kerana beliau sekarang sedang diuji kesakitan dari Allah.
Kata perangsang dari ummi sekeluarga. 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Al-Baqara [2:214]

Kami sekeluarga dari bumi Jordan hanya mampu berdoa kesejahteraan dan memberi kata2 semangat.Mohon doa dari sahabat2 semua agar mendoakan kesejahteraan agar dapat meringankan kesakitan sahabiah kita...

Bersabarlah dengan ujian Allah.Tentu ada 1001 hikmahnya..

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;Al-Baqara [2:45]


Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.Al-Hajj [22:35]

Kata 2 perangsang dari Al-Quran untukmu sahabat dunia akhirat..

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. At-Taghabun [64:11]

Ini pula sahabat ummi juga..Kak Izan.Sampai sekarang kami masih berhubung dengan FB.Kami doakan akak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah duni akhirat.Nasyid ini khas untuk akak..

Kawan
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.



Nasihat Untukku Dan Untukmu Sahabat.
Sumber dari sini.



Wahai sahabatku, Ali bin Abi Talib pernah berkata dalam perihal ukhuwah:

"Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayangimu."


Insan kesayangan Rasulullah SAW telah menasihati kita dengan lemah lembut dalam hubungan persaudaraan. Apakah kita mahu insan-insan di sekeliling kita menangisi kita bila kita pergi kelak? Apakah kita mahu disayangi dan dicintai sewaktu kita hidup? Apakah semua itu boleh berlaku sahabatku tercinta? Berbuatlah baik kepada mereka jika engkau mahu mereka berbuat baik padamu.


Maka, marilah kita mengauli mereka dengan penuh cinta dan sayang.


Berlembutlah dalam bicaramu walaupun dirimu dalam kemarahan.


Hadapilah ketakburan mereka dengan tenang.


Bersabarlah ketika mereka dalam kemarahan atau tidak bersependapat denganmu.


Maafkan mereka jika mereka tersilap.


Sambungkan ikatan ketika mereka putuskan.


Berilah sesuatu kepada mereka dengan ikhlas tanpa mengharap balasan dan jangan kau mengharap apa yang di tangan mereka.


Jangan kau susahkan mereka, maka berusaha dengan tenagamu.


Bantuilah mereka jika mereka kesusahan.


Jadilah engkau seorang yang jujur dan menepati janji.


Gembiralah jika mereka gembira walaupun dirimu dilanda duka dan menangislah bersama mereka jika mereka menangis.


Ketika mereka berduka, dekati mereka dan berdirilah di belakang mereka.


Hiburkanlah hati mereka dengan senyumanmu.



Bahawa Ali Karramallahu Wajhah juga menasihati kita dengan nasihat ini:


"Orang yang paling lemah ialah orang yang tidak berhasil mendapatkan saudara (teman). Orang yang paling lemah lagi ialah orang yang kehilangan teman-teman ."


Ketahuilah ya sahabat bahawa persaudaraan dan kesatuan adalah satu kekuatan dan kemenangan.


Orang yang lemah ialah orang yang hidup bersendiri, tidak ada kawan dan sahabat, tidak ada kekasih dan tiada kerabat. Itulah kelemahan yang sebenar, iaitu orang yang tidak sanggup mendapatkan kawan dan sahabat.

Wahai saudaraku, orang yang paling lemah ialah orang yang kehilangan teman-teman dan sahabat-sahabat, orang yang bercerai-berai ukhuwahnya, orang yang menukar kesatuan dengan perpecahan.

Alangkah indah hidup ini jika dihiasi dengan sahabat-sahabat yang baik. Mereka memberi keamanan dan kesejahteraan. Mereka menghulurkan bantuan ketika kau memerlukan. Mereka menjadi teman berkongsi masalahmu dan pendapatmu. Hidup mereka di sekelilingmu ibarat bintang-bintang yang menghiasi langit di waktu malam, yang memberi ketenangan buat sang pemerhati.


Wahai sahabat yang kukasihi, kawan-kawan yang baik menjadi penolong dan tempat bersandar bagimu. Mereka senantiasa bersamamu ketika senang mahupun susah.

Hidup ini penuh dengan kegembiraan dan kesedihan, maka teman-teman yang baik dan saudara-saudara yang bertakwa dan baik akan menjadi tonggak bagi seseorang. Ketika dirimu dalam kesusahan, mereka turut menanggung bebanmu dan membantumu. Ketika engkau ditimpa penyakit mereka mengubatimu. Ketika engkau diancam musuh mereka akan bertindak sebagai perisaimu dengan membela dan menjaga kamu. Ketika kamu memperoleh kegembiraan mereka turut berkongsi kegembiraan itu. Kegembiraan dan kebahagianmu adalah kegembiraan bagi mereka. Begitu juga kesedihanmu menjadi kedukaan buat mererka.

Kawan yang baik lagi ikhlas adalah sebahagian daripadamu. Kebaikanmu adalah kebaikannya, peningkatanmu adalah peningkatannya, kegembiraanmu adalah kegembiraannya, kemulianmu adalah kemulianya jua dan kesedihan serta lukanya kamu adalah kesedihan dan luka padanya. Jika engkau bergembira dia turut ceria, jika engkau menangis dia turut menangis, jika engkau sakit dia bersengkang mata menjagamu dan jika engkau ditimpa musibah yang buruk dia tidak dapat tidur lena.

Oleh itu sahabatku kasih, berusaha mencari teman yang baik dan lapangkan dadamu kepadanya. Senyumlah dan bermanis mukalah di depan mereka supaya mereka merasa selesa. Bantulah mereka sedaya upayamu, jangan dihampakan harapan mereka. Jika engkau berilmu, tolonglah mereka dengan ilmumu. Nasihatilah mereka dan bimbinglah mereka menuju ke arah kesejahteraan dan kemenangan.




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
...................dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah ................."

Wahai sahabatku yang membaca penulisan ini, diriku mengucapkan salam sejahtera ke atasmu serta keluargamu. Walaupun kebanyakan antara kalian diri ini tidak pernah bertentang wajah denganmu, walaupun hubungan kita ini hanya sekadar hubungan tulisan dan kata-kata di blog semata-mata, tapi diriku menganggapmu sebagai sahabat. Ana sentiasa menyokong kalian dan terima kasih jua kerana sentiasa menyokong ana. Moga selamat ya sahabat, doaku untukmu di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN:
1. Buku Petua-petua Imam Ali Bin Abu Talib Kepada Generasi Muda oleh Habsyi Fathullah al-Hafnawi
2. http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=207




2 comments:

MaUt said...

entry yang sungguh menyentuh..mesti shbt2 akak ni semua sgt terharu bc entry ni..thanks kak izma!

ummu faqeh said...

insya Allah..semoga kita semua mampu menjadi sahabat di dunia dan akhirat..salam ukhuwah adikku sayang!