Monday, November 25, 2013
Sunday, October 27, 2013
M.A.L.A.Y.S.I.A 2013
Bimillah walhamdulillah...
Allah..Allah..Allah...
Sudah lama tidak menukilkan sesuatu di blog ini.
Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang proses penyepian ini..
Bulan 7 tahun 2013.
Alhamdulillah kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi tanah tumpah darah kami,Malaysia.
Alhamdulillah, abi telah selamat menghabiskan pelajaran di Jordan.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
Bulan 8 ...
Kami berhari raya bersama keluarga tercinta di Malaysia setelah sekian lama berada di perantauan.
Namun kerinduan masih lagi berbaki untuk merasai suasana di Jordan, Allahu Akbar.
Bulan 9..
Anak2 ummi bermula persekolahan di Malaysia.
Terlalu banyak urusan untuk diselesaikan sepanjang permulaan keberadaan kami di Malaysia.
Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.
Jannah dan Faqeh bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin,Kuala Terengganu.
Faseh dan Faheem bersekolah di tadika dan taska Tahfiz Gemilang.
Alhamdulillah ummi juga sudah bermula alam pekerjaan.
Allahu Akbar,cabaran sungguh memulakan kerja setelah 4 tahun bercuti tanpa gaji.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami semua.
Bulan 10..
Iaitu bulan sekarang...
Ummi menunggu masa untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata kami pada bulan hadapan.
Semoga Allah mudahkan urusan kami,amin.
Kami juga sedang menunggu ketibaan Tok Abah dan Tok Ma pulang dari menunaikan haji.
Semoga mendapat haji mabrur,amin!
Subhanallah, Maha Suci Allah,
Walaupun sudah 4 bulan keberadaan kami di Malaysia, namun ingatan dan kerinduan masih membara ke bumi Urdun ,bumi anbiya' bumi yang banyak mengajar 1001 erti sebuah kehidupan.
Allah....
Walau apapun yang terjadi..
Hari ini adalah kenyataan..
Semalam adalah kenangan..
Esok dalah sebuah pengharapan...
Hidup perlu diteruskan walau apapun yang terjadi..
Yang penting,
Cari keberkatan dalam setiap inci kehidupan kita..
Yang penting juga cari redha Allah walua di mana kita berada..
| Kenangan bersama Mudirah Madrasah Islamiyah Irbid,Jordan. |
| Kami di Terengganu,Malaysia sekarang.Jom mandi pantai!!!! |
Tuesday, June 25, 2013
Daripada Tanah Kepada Tanah Akhirnya!
|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :
1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.
2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.
3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.
4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur
5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.
Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.
Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.
Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera. Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa.
Sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.
::Satu PERMAI Satu Hati ::
Dari Fb Ust Hasrizal Abdul Jamil.
Kemalangan jalanraya membabitkan pelajar Malaysia di Jordan baru-baru ini mengimbas kembali kenangan sedih hampir 20 tahun yang lalu. Lima sahabat kami terbunuh, juga di selatan Jordan. Saya telah abadikan catatan cerita itu di dalam travelog saya, Rindu Bau Pohon Tin.
Untuk menjadi kenang-kenangan, saya juga telah karangkan sebuah lagu dan diabadikan dalam album kedua kami yang dterbitkan setahun selepas kejadian. Semoga menjadi pedoman kita bersama
KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI
Tuhan telah menentukan segalanya
Kerana Dia kita bersaudara
Perantau hidup tanpa keluarga tercinta
Hanya teman, tempat meluahkan rasa
Mesranya hati bagai kembang puspa di taman
Harumnya pula semerbak syurga Tuhan
Semalam kita sama berjuang dan bekerja
Menunaikan janji kita kepada Tuhan
Mencari mutiara ilmu di Bumi Anbiya’
Pulang nanti ingin berbakti pada semua
Oh bagaikan terasa hari itu selamanya
Berganding tangan menyusur kehidupan
Namun aku hanya insan yang tak punya apa
Dialah yang menentukan segalanya
Hari ini tanpa ada yang mampu menduga
Kau dijemput Tuhan pulang ke pangkuan
Dunia dalam pilu menitiskan air mata
Mengiringi duka sebuah kematian…
“Ya Allah masih segar wajah mereka terbayang di mata
Masih hangat suara lembutnya di sisipan telinga
Apakah benar ini semua bukan mimpi
Gagahkah aku untuk menyambut sebuah realiti
Tuhan Pengasih
Terangilah pusara mereka dengan cahaya-Mu
Meriahkanlah dunia mereka dengan kunjungan rahmat-mu
Sampaikanlah doa kami kepada mereka
Amin ya Rabbal ‘Alamin”
Kepadamu kuhadiahkan doa
Moga tenang di dalam belaian Tuhan
Pada Allah kupohonkan kesabaran
Moga berkekalan kau dalam ingatan
Kupercaya kau kan bahagia di alam sana
Suatu hari nanti kita kan bersama
Kepada teman dan keluarga semua
Pasrahlah kepada Allah Tuhan yang Esa
Walau seagung mana kasih dan sayang semua
Pastinya Dia lebih menyayangi mereka
Dari-Nya kita datang berkelana di dunia
Kepada-Nya jua kita kan kembali
Lagu, Lirik dan Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Dunia Ini, 1996
Untuk menjadi kenang-kenangan, saya juga telah karangkan sebuah lagu dan diabadikan dalam album kedua kami yang dterbitkan setahun selepas kejadian. Semoga menjadi pedoman kita bersama
KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI
Tuhan telah menentukan segalanya
Kerana Dia kita bersaudara
Perantau hidup tanpa keluarga tercinta
Hanya teman, tempat meluahkan rasa
Mesranya hati bagai kembang puspa di taman
Harumnya pula semerbak syurga Tuhan
Semalam kita sama berjuang dan bekerja
Menunaikan janji kita kepada Tuhan
Mencari mutiara ilmu di Bumi Anbiya’
Pulang nanti ingin berbakti pada semua
Oh bagaikan terasa hari itu selamanya
Berganding tangan menyusur kehidupan
Namun aku hanya insan yang tak punya apa
Dialah yang menentukan segalanya
Hari ini tanpa ada yang mampu menduga
Kau dijemput Tuhan pulang ke pangkuan
Dunia dalam pilu menitiskan air mata
Mengiringi duka sebuah kematian…
“Ya Allah masih segar wajah mereka terbayang di mata
Masih hangat suara lembutnya di sisipan telinga
Apakah benar ini semua bukan mimpi
Gagahkah aku untuk menyambut sebuah realiti
Tuhan Pengasih
Terangilah pusara mereka dengan cahaya-Mu
Meriahkanlah dunia mereka dengan kunjungan rahmat-mu
Sampaikanlah doa kami kepada mereka
Amin ya Rabbal ‘Alamin”
Kepadamu kuhadiahkan doa
Moga tenang di dalam belaian Tuhan
Pada Allah kupohonkan kesabaran
Moga berkekalan kau dalam ingatan
Kupercaya kau kan bahagia di alam sana
Suatu hari nanti kita kan bersama
Kepada teman dan keluarga semua
Pasrahlah kepada Allah Tuhan yang Esa
Walau seagung mana kasih dan sayang semua
Pastinya Dia lebih menyayangi mereka
Dari-Nya kita datang berkelana di dunia
Kepada-Nya jua kita kan kembali
Lagu, Lirik dan Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Dunia Ini, 1996
![]() |
Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah Romli yang disemadikan di Alor Star.kredit pic~Nazim Amzed |
Nota Ummi~
Allahu Akbar cukuplah mati itu sebagai peringatan kita bersama.
Amat sedih mendengar musibah yang menimpa mereka semua.
Namun pasti tersirat 1001 hikmah dan ibrahnya buat mereka yang hidup akal dan fikiran mereka di dunia ini.
Juga amat sayu mendengar dan menghayati lirik nasyid KehendakNya Mereka Pergi.
Allah..Allah..Allah..
Semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya..amin!
Tuesday, June 11, 2013
Wa Akhiran,Alhamdulillah!
Bismillah Walhamdulillah...
Allahu Akbar...
Selaut kesyukuran dipanjatkan atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita semua...
9 Mei 2013 jam 1.30 tengahari..
Alhamdulillah abi telah selamat membentangkan dan mempertahankan tesisnya.
Alhamdulillah ramai syabab dan akhowat yang datang memberi sokongan moral.
Allahu Akbar....
Syukur ke hadratMu....
Peserta program abi yang tolong menghidangkan air dan memberi makanan kepada hadirin...
Manakala sahabat abi dari Syajarah menyediakan air kopi kepada tetamu khas.
Ammu Majdi pula menyediakan maqlubah untuk tetamu kami di rumah.
Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami...
Setelah diumumkan lulus,abi terus mengkhabarkan khabar gembira kepada mak abi yang berada di Kuantan,Pahang,Malaysia...
"Mak...alhamdulillah kita dah lulus PhD kita mak..."
"Alhamdulillah,baguslah nak..."
Walau jauh beribu batu..namun dirasakan mak berada bersama di dalam suasa kegembiraan ini.
Ayah.......
"Ayah,kita dah lulus,ayah...
...akan aku realisasikan harapan ayah untuk membela nasib keluarga kita ke arah yang lebih baik..
bersemadilah dengan aman di alam sana..."
Allah...Allah...Allah...
4tahun..sebuah perjuangan yang amat perit sebenarnya..
namun berkat doa mak dan arwah ayah yang ingin melihat abi menyambung pelajaran hingga ke tahap ini sebenarnya memberi 1001 kekuatan untuk terus kuat mengharungi segala2nya...
Allahu Akbar....
Bagaikan tidak percaya perjuangan kami selama 4 tahun di sini sudah berakhir....
Perjuangan suka duka..
Perjuangan jerit perih airmata....
Sekarang semuanya sudah berakhir...
Sekarang sudah masanya menabur bakti di tanah air...
Ya Allah..mudahkan urusan kami sekeluarga..amin!
Sunday, May 12, 2013
WASUBIDU- Wanita Syurga Bidadari Dunia.
Lirik Lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia.
Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu perisai nan indah
Kau hadirkan pesona
Malu berbalut takwa
Laksana syurga di dunia
c/o
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Keketunan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenangkan jiwa..
Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga permata berharga
Bernilai indah dalam kesucian jiwa...
Allahu Akbar..
liriknya sungguh menyentuh kalbu.
Melihat kepada video klipnya mampu meruntun jiwa jika dihayati dengan sepenuhnya..
Mampukah kita semua menjadi wanita syurga di mana di dunia ini menjadi bidadari..
Allahu Akbar...
Perjalanan seorang wanita penuh berliku2
Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila
seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Namun perempuan lebih ramai di neraka...
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi:
“Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Rasulullah s.a.w bersabda:
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Allahu Allahu Allahu...
Di manakan kita akan diletakkan nanti?
Ya Allah...
bantulah kami untuk menjadi seorang isteri yang solehah...
Bakal menghiasi syurgaMu..
Amin!
Di manakan kita akan diletakkan nanti?
Ya Allah...
bantulah kami untuk menjadi seorang isteri yang solehah...
Bakal menghiasi syurgaMu..
Amin!
Monday, March 25, 2013
Realiti Otak Wanita.
Bismillah Walhamdulillah.
Perkongsian yang menarik hati ummi untuk diletakkan di sini.
Memang benar ..inilah perempuan yang bergelar seorang isteri.
Suka cakap terbalik dengan suami.
Boleh diaplikasikan kadang2.
Kadang2 bahaya diaplikasikan.
Perlu lihat suasana dulu.
Ya Allah jadikan kami seorang isteri CERDIK SOLEHAH!
Ya Allah jadikan kami seorang isteri CERDIK SOLEHAH!
PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK
Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu.
Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi.
Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya.
Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?
Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”.
Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita.
Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa.
Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.
Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.
Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.
Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.
Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.
Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta.
Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.
Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.
Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang,
“Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya
Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.
Selamat mencuba.
Pak Utih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




