Pages

Monday, May 21, 2012

Kesungguhan dan Usaha!

Bismillah Walhamdulillah...

 Kesungguhan dan Usaha..
Dua perkara penting yang perlu ada untuk merealisasikan semua perkara...

Ini video kedua yang ummi hasilkan ketika di bumi Jordan ini.

Kisah kura2 dan arnab.
Diceritakan oleh Jannah dengan dibantu oleh Ummu Qusoi- pemilik bangunan rumah kami.

Alhamdulillah ukhuwah kami sekeluarga dengan Ummu Qusoi amat baik.
Syukur dikurniakan jiran yang baik hati..

Semoga ada manfaat bersama!





Kisah Upin dan Ipin juga ada yang berkaitan dengan kura2 dan arnab.
Anak2 ummi suka sangat tengok kisah ini.
Banyak pengajarannya!




Juga di sini ummi kongsikan satu tulisan yang berkaitan arnab dan kura2.
Mohon kongsi yer adik penulis.
Semoga ada ganjarannya di ssi Allah ,amin!
Sumber dari sini.



Belajar dari kesungguhan kura-kura.

 Pernah beberapa kali aku rasa down sangat (menyerah kalah) bila tengok kawan-kawan yang semakin hari semakin jauh meninggalkan aku Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh mereka. Kejayaan-kejayaan yang mampu perhebatkan lagi dakwah mereka. Terasa sangat diri ni jauh tinggal di belakang.

 Bila tengok ada yang dah tinggal 2 tahun je nak habis degree. Ada yang dah mula buat master. Ada yang dah jadi penyampai yang hebat, yang mana menyentuh hati-hati manusia dan membuat manusia sekeliling ingin bersama dalam gerabak dakwah. Ada yang menjadi penulis dan ramai sangat lagi yang berjaya menempa kejayaan dalam hidup mereka saban hari membuat akusedih sendirian.

Seringkali hidup aku diisi dengan tidur yang berpanjangan kerana kekecewaan yang panjang. Pandangan-pandangan manusia di sekeliling aku dan desakan-desakan dari ibu ayah dan adik beradik membuat aku rasa saya tewas. Oh. Yelah, umur dah awal 20-an, tapi macam takda apa-apa pun. Rasa macam dah 20 tahun masa di buang macam tu je. Aku faham mengapa mereka mendesak begitu, tidak lain adalah agar di hari tua kelak aku mampu menyara mereka kembali. *ehem*.

Tidak lain tidak, kerana mereka mahu aku berjaya seperti orang lain. Hingga satu hari bila aku fikir-fikir balik, ternyata ada hikmahnya kenapa Allah susun hidup saya macam ni. Ofkos la setiap apa yang Allah susun tu ada hikmah kan? Tapi untuk apa yang berlaku pada aku ni, aku dapat satu ibrah (pengajaran) yang saaaangat hebat ! Allah susunkan aku gagal dari form 1 hingga form 5.

 Aku gagal dalam alam IPT. ( sekarang menunggu-nunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang baru.) Boleh kata semuaaaanya ada hikmah ! Dan Allah izin satu hari nanti impian aku tercapai, aku akan ceritakan kepada kalian apa hikmahnya.. :D

Sang kura-kura dan sang arnab. Aku yakin ramai yang tau cerita arnab dan sang kura-kura ni kan? Secara ringkasnya ia adalah kisah perlumbaan sang arnab dengan kura-kura. Yang mana sang kura-kura dicabar oleh sang arnab, dan di pengakhirannya perlumbaan dimenangi oleh sang kura-kura. Ketika aku fikir-fikir balik kehidupan aku yang tak nampak pokok pangkal ni kan, Allah izin terlintas difikiran aku mengenai cerita ini.

 Sang kura-kura ni, dia bagi pengajaran yang sangat hebat dalam hidup aku dan untuk hidup kalian juga semestinya. Yang mana dia telah buktikan, sikap konsisten dia akhirnya mampu membuat dia berjaya. Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita rasa kita dah terlambat kan? Kita rasa kita dah jauh ketinggalan. Betul kan? Bila tengok kawan-kawan yang seusia kita pergi oversea (serius ni aku sangat jeles!), ada yang dah jadi penulis, ada yang dah jadi penyampai yang hebat, dan mereka mampu mencipta baaaaanyak sangat kejayaan membuat kita rasa kita dah terlambat.

 Kita rasa kita telah tewas kepada mereka ! Kalau kita kaitkan dengan cerita tu, kita boleh kata kawan-kawan kita yang dah kedepan ni sama lah macam sang arnab. Banyak sangat kelebihan mereka berbanding diri kita yang baru terkial-kial ni. Kita? Aku sorang je kot~ Kita pula umpama sang kura-kura yang mempunyai kekurangan dari segi kepantasan dan..dan..kalau tengok dalam perlawanan ni, boleh kata sang kura-kura ni mesti kalah la kan?

Tapi kita tengok, betapa optimisnya sang kura-kura, walaupun dia tau sang arnab ni banyak kelebihan, dia tetap juga menyahut cabaran sang arnab. Walaupun dia sedar dia akan ketinggalan, dan mungkin akan kalah, tapi dia tetap berjalan-berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya dia menang. Padan muka sang arnab. Sapa suruh tido masa belumba! Wahaha.. gambar ini tiada kaitan tahu? Saudaraku, Begitulah kehidupan ini mengajar kita. Agar jangan tidur ketika tengah lumba lari. Eh.

 Kehidupan ini mengajar kita agar jangan mudah putus asa. Meskipun kita rasa kita tewas. Meskipun kita rasa kawan-kawan kita kedepan dalam banyak aspek, berusahalah agar terus mengekalkan momentum optimis.

Walaupun kita rasa kita terlewat, teruslah merangka strategi agar 10-20 tahun lagi dan paling utama di akhirat kelak kita mampu menjadi lebih kehadapan berbanding mereka. Kerana walaupun pada hari ini mereka berada di hadapan, mungkin ada saatnya mereka tertidur seperti sang arnab. Jangan putus asa.

 Yakinlah, masa depanmu pasti kan bersinar. Kesimpulannya : Jangan tidur ketika berlari Jangan mudah putus asa, teruslah merangka strategi untuk membina kehidupan anda. Dan ingat, kejayaan hakiki adalah saatnya kita melangkah ke syurga. Jangan ukur diri kita dengan orang lain, walaupaun orang lain boleh jadi motivasi untuk kita berjaya.

 #sungguh dalam cerita sang arnab dan sang kura-kura bnyak ibrahnya. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan?

No comments: