Pages

Thursday, July 15, 2010

WARNA WARNI MALAYSIA JORDAN.




kenangan di Malaysia..bersama wan dan ayah.


Bismillah Wal Hamdulillah..
Jam menunjukkan 4.00 petang.Cuaca mencecah 40 degree sekarang.Agak panas berbanding di Malaysia.Lama tidak bercerita tentang kehidupan kami sekeluarga di sini.



Alhamdulillah dalam bulan ini sebenarnya banyak barang mustakmak( terpakai) yang kami beli dari adik2 yang tamat belajar di sini.Dulunya di Malaysia..kami ada juga menjual dan memberi barangan kepada orang lain.Alhamdulillah di sini baru kami rasakan bahawa tidak sia2 kita berbuat baik kepada orang lain.

Syukur alhamdulillah..ada jer barangan yang diberi secara percuma oleh adik2 kepada kami ..Syukran Jazilan..semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya...

ok,kembali kepada topik di atas..


Banyak perbezaan hidup di Malaysia dan Jordan sebenarnya.Hanya mereka yang sudah berada di perantauan akan merasakan suka duka hidup di perantauan.

Di Malaysia...semuanya serba lengkap.
Keluarga,makanan dan cuaca semuanya sempurna..

Di perantauan..semuanya kekuranagan.
Namun pasti ada suka dan duka berada berjauhan dari keluarga, makanan dan cuaca Malaysia.

Suka..
merasai suasana berada di negara orang.Belajar segala2nya tentang mereka,makanan, cuaca dan adat resam mereka.Makanan mereka..ada yang boleh kita makan dan ada yang tidak mampu ditelan oleh tekak orang Asia.

Cuaca pula.
.4 musim.Sentiasa berubah2 musim.Pokok juga ada masanya akan berubah.Sekejap berbuah,sekejap berbunga,sekejap akan luruh daun dan berganti daun yang lain.Binatang pula ,musim sejuk ada yang tidur dan apabila tiba musim panas, baru keluar.Sungguh hebat penciptaan Allah.Pokok  dan binatang ada perubahan...mak diharapkan manusia yang ada akal fikiran ini juga sentiasa berubah ke arah yang lebih baik...Sentiasa inginkan perubahan !

Dukanya berada di perantauan..
rindu pada keluarga..rindu pada makanannya..namun semuanya akan dapat diatasi sekiranya SABAR!..yeah...kesabaran itu amat penting.Seperti kata my hubby..susah untuk 4 tahun sahaja..namun menjamin kesenangan utk 40 tahun,insya Allah.Maka,bersabarlah wahai jiwa2 yang berada di perantauan semuanya..

NIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH SELAMA BERADA DI BUMI ANBIYA' INI.
Pastinya akan dikenang sampai bila2 apabila pulang ke negara asal.Semuanya bergantung kepada hati kita..

dan sekarang...nikmatilah gambar yang diedit menggunakan Funny Photo.




rambutan..kolam renang..best!!!


di rumah kami yang kadang kala ok dan kadanga kala ala2 kapal pecah.

di Malaysia..bermain basikal di stadium Sultan Mizan,Terengganu.Seronok tengok anak2 main basikal.



alhamdulillah..aktiviti di Jordan pula,bermain roller blade..


ke Amman , rumah Kak Pah,Kak Liza,Ayu dan  Yana pada 13.7.10.
Ada cili padi gitu..pertama kali kami jumpa kat sini.alhamdulillah..


barang2 dan kelengkapan di Jordan memang berlainan !



makan di kedai kat irbid dan juga ke Pantai Aqoba..

ok,rasanya setakat itu sahaj.Doakan kami dipermudahkan urusan selama berada di bumi Anbiya' ini.

No comments: