Pages

Friday, July 16, 2010

BERSYUKURKAH KITA???


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


PERTAMA..
Kita sering fokus kepada apa yang kita inginkan dan bukan pada apa yang kita miliki..
Katakanlah…
Kita dah ada rumah, dah ada kereta,
Pekerjaan yang tetap,
Dan pasangan yang baik..
Tapi masih ada rasa tak best..
Sampai terfikir..
Apa yg tak cukup lagi ekk dalam hidup ni..
Fikiran kita ni banyak sangat yang berangan..
Dah ada rumah, tapi tak cukup besar lagi…
Nak lagi besar dan lagi besar…
Dah ada kereta, tapi tak cukup mewah..
Nak lagi mewah dan lagi mewah…
Kita nak itu, nak ini..


 
Kadang2 nak capai apa yang diingini tu,
Sampai sanggup menipu, membuat kerja2 yang salah disisi agama..
Rasuah, menipu, peras ugut..
Sebab apa??
Sebab nak kejar apa yang diingini…
Tapi yang pelik..
Walau dah dapat apa yang diingini tu, dah kaya..
Ada lagi keinginan nak tambah lagi..
Tak puas hati lagi..
Tambah lagi.. tambah lagi…
Hati juga bukan bahagia..
Tak tenang…
Makin besar rumah, makin kereta mewah..
Makin tak tenang rupanya..
Kenapa pulak???
Sebab hutang berderet…
Aii bukankah itu yang dipilih…
Mengutamakan keinginan melebihi apa yang dimiliki…
Tidak perasan apa yang dimiliki itu sudah cukup membahagiakan…
Bukankah itu tanda tidak bersyukur??
Cerita pertama…
Seorang lelaki mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut.
Kasutnya dah rosak, tetapi tidaklah sampai tak boleh pakai.
Satu petang dia terlihat seorang perempuan yang kudung kakinya..
Tetapi yang pelik perempuan itu ceria dengan keadaannya.
Maka lelaki itu berhenti mengeluh dan mulai bersyukur dengan apa yang ada..
KEDUA...
Kecenderungan membanding2kan diri kita dengan orang lain..
Kemana je kita pergi..
Pasti dan pasti kita akan berjumpa ramai orang…
Dan kadang kala kita terfikir..
Alamak..
Kenapa dia lagi cantik dari aku..?
Kenapa dia lagi hensem dari aku?
Kenapa org tu gaji dia lebih besar dari aku?
Kenapa kereta dia lebih besar dari aku?
Kenapa dia tinggi aku pendek?
Kenapa gaji aku lagi kecik dari dia?
Kenapa.. kenapa.. kenapa?
Kita merasakan orang lain lebih beruntung dari kita..
Hidup rupanya bertambah resah gelisah…
Sering melihatkan apa yang dimiliki orang lain daripada apa yang dimiliki sendiri..
Tidak merasakan apa yang Allah beri itu adalah terbaik untuk diri..
Dan mulalah…
Bedah sana, bedah sini..
Yang penyek dimuncungkan..
Yang gelap di putihkan..
Nak lawa dari orang lain…
Akhirnya diri merana..
Asbab,
tidak bersyukur dengan apa yang ada..
Cerita kedua..
Seorang ibu terapung di laut kerana kapalnya karam…
Tapi yang pelik..
Makcik ni bahagia je…
Kenapa ye??
“Mak cik mempunyai 2 org anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, dan yang kedua hidup lagi dan tinggal di Johor. Kalau makcik terselamat, makcik bahagia kerana dapat berjumpa anak kedua makcik di Johor. Tetapi jika ditakdirkan makcik meninggal, makcik juga bahagia kerana akan berjumpa anak makcik yang pertama di syurga”
Hidup akan lebih bahagia kelau kita menikmati apa yang kita ada..
"ubah dirimu.. maka Allah ubah yang lain2"

rujukan : Tarbiyah Dzatiyah
Paradigma Sukses
Menjadi sebaik2 manusia
m/s 43 - 44

No comments: