Pages

Saturday, April 17, 2010

PUISI MENYENTUH KALBU!




 
Bunga-bunga Daffodils yang mula tumbuh memenuhi di segenap ruang di Green Park




Puisi itu saya tulis pada awal pagi tadi di Green Park, London setelah saya melihat bunga-bunga Daffodils kuning yang tumbuh penuh di setiap penjuru taman tersebut...Terus sahaja, saya buat keputusan untuk duduk sebentar di taman itu, dan mula menulis sesuatu...Puisi itu saya hanya tulis dibelakang kertas tiket bas saya yang agak terhad...Ligat sahaja tangan saya menulis, walau dihembus angin sejuk di awal kedatangan musim bunga, di bumi Inggeris ini...

Ini musim bunga terakhir bagi saya

Dibawah puisi itu, saya letakkan beberapa gambar-gambar pemandangan bunga-bunga Daffodils kuning yang saya ambil, disekitar Green Park, London pada awal pagi tadi...

Moga, kita sama-sama mentadabur kecantikkan dan keindahan alam ciptaan Allah ini dengan hati yang sentiasa tunduk dan patuh kepadaNya...Tiada yang kekal di alam yang sementara ini...Cantik dan Indah di bumi ini akan hilang, musnah dan hancur...Hanya kepada Allah SWT sahaja lah tempat kembali kita yang kekal dan abadi...

Tiada istilah berpatah balik selepas itu....

Tentunya peringatan buat diri saya juga...Wallahua'lam....


MUSIM BUNGA TERAKHIR

Musim bunga terakhir
Ditengah-tengah Green Park
Yang sentiasa tenang dan damai
Kaki berhenti menghayun langkah
Lorong-lorong jalan taman
Disorot sepi
Musim yang bakal ditinggalkan

Hati yang tiba-tiba jadi teramat sayu
Hati yang tiba-tiba bergetar
Hati yang tiba-tiba jadi sebak
Semua rasa bersatu
Seluruh jiwa jadi satu
hakikat kepada kembara insan
yang perlu dihadam dalam-dalam
Bahawa ini musim bunga terakhir untuknya

Merenung jauh keindahan alam
Mentadabur ciptaan Allah penuh syukur
Menyoroti nikmat dan kasih sayang Allah
Mata yang mudah sahaja
Menjadi berkaca-kaca
Kecantikkan bunga-bunga kuning di depan mata
Terus dipandang dalam-dalam
Ibarat pandangan terakhir seorang insan
Yang bakal meninggalkan alam

Bunga-bunga Daffodils
Yang terus bergerak riang
Menyusun alunan
Diatas hamparan rumput hijau
Mengikut rentak angin sejuk
Ditengah-tengah kota London ini

Namun daffodils juga punya ketentuan masa
Daffodils juga punya tempoh hukum alamnya
Sampai satu masa
Figura cantik itu
Akan jatuh menyembah bumi
Akan lemah terkulai
Jatuh satu persatu
Hakikat kehidupan
Tidak semudah hidup Daffodils
Cantik bunga itu akan layu
Indah bumi ini akan hancur menjadi debu

Manusia-manusia
Yang peka mahupun leka
Yang sentiasa laju menghayun langkah
Akan terhenti hayunannya bila tiba ajal
Apa indahnya hidup
Jika matlamatnya bukan pada Allah
Jika segalanya tidak disandarkan pada Pencipta
Semuanya
Segala-galanya
bakal pulang pada Allah
hakikat hidup yang pasti

Makanya
Usah sedih dengan musim bunga yang terakhir ini
Bunga bunga Syurga itu
Taman-taman Syurga Allah itu
Tentunya lebih cantik
Lebih harum
Lebih Indah
Lebih tenang
Lebih damai
Lebih suci
Lebih dalam maknanya
Lebih kekal usianya

Saratkan jiwa
Dengan Iman dan Taqwa
Untuk mendapat Cinta Allah
Untuk mencari redha Allah
Kerana hanya pada Dia
Tempat kembali yang kekal
Yang padanya
Tidak ada ruang untuk berpatah balik

Musim bunga terakhir ini
Jadi saksi
Ikatan ukhuwwah fillah
Yang ikhlas
Yang indah
Yang suci
Yang damai

Terima kasih Allah
Jazakillah khair Ummi
Musim bunga ini indah
Pada pertemuan kerana Allah
Selamat tinggal musim bunga terakhir

Green Park, London UK
22/3/2010
10.10 am




KALAM QALBIEY...


Dikala terasa jauh dari ilahi, lemah semangat, futur, kecewa dan pelbagai perasaan yang berpaut kuat pada diri, pantas hati dan aqal mencari sumber ketenangan menghalang terus dari putus harapan dan pergantungan pada pencipta.

Mengambil masa untuk mengenang sirah dan perjuangan rasulullah sebagai inspirasi bukanlah sia-sia, bahkan mampu memberikan 1001 impak dan mengembalikan cebisan dan sisa-sisa kekuatan diri sehingga mampu berpijak kembali di dunia yang hakiki.

Cukup malang bagi sesiapa yang diberi peringatan tapi tidak dijadikan tauladan tambahan lagi, empunya diri yang telah ditakdirkan meneruskan kehidupan di bumi anbiya’ ini, harapan dan doa tinggi menggunung mengharapkan agar diri dan sahabat-sahabat sentiasa dalam rahmat ilahi.

Memuncak kerinduan pada kekasih ilahi yang tegar berdiri dengan semangat yang benar ganjil menyebarkan dakwah menegakkan agama Allah walau terpaksa mengharungi onak dan duri yang jauh lebih parah dari insan lain.

Benar diri ini mengharapkan semangat kentalmu ya Rasulullah…


SUNGGUH AKU RINDU..

Sungguh aku rindu….

Saat ini cukup damai,

Kekadang terhembus angin soify,

Menusuk ke tulang temulang,

Sungguh aku kerinduan,

pada keagungan islam yang pernah gemilang,

satu ketika dahulu,


terkenang aku pada seorang insan,

berambut hitam likat menutupi bahu,

berwajah tenang seakan rembulan,

berkulit kemerahan menampakkan kesucian,

bertubuh gagah tanda keberanian,

bersifat zuhud takutkan tuhan,

sentiasa dia mengingatkan keagungan Allah..

yang tiada tandingannya,

bermatian dalam jihad,

lekang tidak ingatannya pada yang esa,

petunjuk jalan akhir zaman,

kekasihn tuhan semesta alam,





namun,

kesuciannya disalah ertikan,

sentiasa dihina, dicaci, dan disingkir,

malah cuba ditamatkan riwayatnya,

namaun tautan rabitah diyakini,

digagahi kakinya bertapak dibumi anbiya’,

menyebarkan ad-deen yang sempurna,

walau berkocak darah dalam sepatu,

menahan kesakitan yang terzahir,

mengharungi ribuan peperanagan,

melalui pelbagai rintangan, cubaan, onak dan duri,

demi membawa islam yang satu,

teguh melangkah diiringi teman,

berganding bahu disaat gentir,

bersatu padu setiap waktu,

sentiasa Allah pergantungan yang satu,





Akhirnya,

Bersinar ad-deenul islam,

Menguasai ¾ muka bumi,

Diterangi nur rahmat yang Esa,


Sungguh dia…

Aku rindui..

Kerana dia, berkesempatan kita kini,

Mengecap 2 nikmat ilahi,

Iman dan islam disanjung menggunung,


Ayuh kita menadah tangan,

mohon keampunan beserta tangisan,

kerna kealpaan sentiasa bertandang,

bersyukurlah kita masih dalam naungan,

kasih saying pencipta…

syukur pada segalanya…





sungguh aku rindu,

padanya yang tidak pernah ku temui,

itulah ‘Muhammad’ kekasih ilahi….




Hasil nukilan:








No comments: