Pages

Monday, September 14, 2020

WANITA BAHAGIA

BIsmillah Walhamdulillah

 

Jam 2.30 petang.14.9.2020

.Lokasi di Chonang, Terengganu.

Lama tidak menulis di sini. Umi banyak menukilkan di blog baru sebenarnya.

Semoga umi mampu  menjadi wanita yang paling bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak.

Pelbagai kisah2 yang ingin dinukilkan sebenarnya. Blog Bunga-bunga Kehidupan. Jemput ziarah .

14.9.2020

Bermakna hampir sebulan abi meninggalkan kami Abi sudah berbahagia di alam sana

Moga kita berkumpul di Syurga Insha Allah....

 

baru.baru.

Monday, December 17, 2018

Welcome Back

Bismillah Walhamdulillah.

Insya Allah ummi akan update di blog Bunga2 Kehidupan ini.

Blog ini akan terus ada untuk dibaca oleh anak2 umi.
Kenangan mengembara di Bumi Urdun.

                                                  Mati itu sesuatu yang pasti.

Sunday, February 7, 2016

Mudahkan urusan kami.

Bismillah Walhamdulillah..

Allah..Allah..
Lamanya tidak update sesuatu di sini.
Ummi sebenarnya mewujudkan blog baru semasa berada di Jordan.
Blognya di sini.

Terlalu banyak perkara telah dilalui sepanjang kehidupan di sini.
Urdun..Jordan..masih di hati...
Haramain..lambaianmu sungguh dirindui..

Kini..kami telah berada di Malaysia..
Jannah..sudah masuk darjah 6,tahun ini ambil UPSR.
Faqeh..sudah darjah 5. Pengawas di sekolah.
Faseh..darjah 3,ketua kelas.
Bulan lepas baru start masuk kelas taekwando mereka.
Faheem..masih menangis sebelum ke sekolah,harus dipujuk.
Jazwah...dah masuk 3 tahun..anak manja ummi.

Alhamdulillah dikurniakan anak2 penyejuk mata.
Semoga kehidupan kami diberkati Allah dunia akhirat,amin.


Ummi berhenti setakat ini dahulu.

9.15 malam
Angin kuat,hujan renyai2.
Baru nak start musim hujan.
7 Feb 2016.





Thursday, April 30, 2015

NOSTALGIA

Bismillah Walhamdulillah ...



Allahu Akbar,blog ini sudah bersawang dan berhabuk..alhamdulillah hampir 2 tahun kami sudah kembali ke Malaysia.

Maksudnya blog ini..merupakan KEMBARA CINTA SIRAH kami sekeluarga ke Jordan.Namun nostalgia ketika berada di sana,sungguh tidak dapat dilupakan.Alhamdulillah 1001 pengalaman suka dan duka di sana menjadi bekalan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi kehidupan mendatang.

Dan sekarang kehidupan kami sekeluarga di Malaysia banyak dinukilkan di blog BUNGA-BUNGA KEHIDUPAN.

Maka blog ini hanya akan dirujuk ketika memerlukan maklumat dan juga kenangan yang disimpan di sini...

Insya Allah jika diberi peluang rezeki untuk merantau ke tempat lain ,insya Allah blog lain akan diwujudkan pula.

Semoga kehidupan kita seharian dapat memberi manfaat kepada semua orang.




 Jam 11.54 pagi
Ulek Beach Resort Dungun
Panas terik mentari di tepi kolam.



 

Friday, December 27, 2013

BANJIR

Bismillah walhamdulillah.
Jam 10.27 malam.
Lokasi di Kuantan,Pahang.

Mengimbau 2mggu yang lalu.
Mendapat panggilan dari ibu mertua di Kuantan.Air sudah menenggelamkan 2 tangga rumah.
Hujan yang mencurah2 mengakibatkan air naik dengan begitu pantas sekali.

Allahk Akbar...
Terasa ingin terus pulang ke kampung,namun jalan perhubungan ditutup kerana banjir.

Allah..Allah..Allah
Ujian Allah untuk hamba2Nya untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNya.

Kami pulang ke Kuantan setelah jalan dibuka.Abi ke rumah mak.Allahu Akbar..melihat barang2 perabot bergelimpangan.

Allahu Allah Allah...
Bersyukur kerana masih ada lagi barang yang terselamat.Jika dibandingkan dengam negara lain yang ditimpa bencana yang leboh dahsyat lagi.Sudahlah kehilangan harta benda..nyawa dan tempat tinggal juga.

Allah Allah Allah.Bersyukurlah dengan nikmat dan ujian dari Nya.Pasti ada 1001 hikmahnya yang tersurat dan tersirat.Tinggal kita sahaja.yang perlu membuka pintu hati dam mata menerima.qadhal dan qadarnya.

Dan hari ini kami di Kuantam lagi..membanti mak mengemas2 dan membasuh2 apa yang patut.Allahu Akbar..bantulah kami menghadapi ujianMu ini dengan redha dan tabah.

Melihat kitab dan buku yang rosal ditenggelami air..sebak melanda.Allah..sekelip mata sahaja Allah tarik harta benda.Ia..harta benda dan nyawa semuanya milik Allah..kita tidak punya apapun.

Berkata seorang ustaz di dalam ceramah selepas banjir.Allah datangkan ujian banjir ini kepada 2 golongan.

Golongan pertama adalah mangsa banjir sendiri..diuji samaada redha dan tabah atau tidak menerima ketentuan dari Allah.

Golongan kedua pula adalah orang yang tidak terkena banjir.Diuji sama ada prihatin atau tidak untuk menghulurkan apa sahaja bentul bantuan yang diperlukan.Subhanallah.

Baiklah..rasanya setakat ini saja coretan ummi.Maaf salah silap.

Ya Allah ampunilah kami.Permudahkan urusan kami.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 23, 2013

Puteri Lilin

Alhamdulillah puteri ummi sudah berusia sebulan.

Published with Blogger-droid v2.0.10